Saturday, October 31, 2009

Anak Angkat

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Saturday, October 31, 2009
Baru-baru ini,seorang teman baik suami yang mulia hati,telah mengesyorkan kepada kami,ambil lah anak angkat,agar kesunyian hidup terubat.

Tapi yang ironinya,si teman masih belum berpunya,maaf!bujang terlajak boleh lah dikata.Si teman sudah punya anak dua,walaupun anak angkat cuma,namun sangat dikasihinya sepenuh jiwa.Keraplah si teman ini bercerita,betapa bahagia dan bermakna hidupnya,ditemani anak-anak angkatnya yang manja,meskipun empunya diri isteri tiada.

Dek kerana simpati dengan nasibku ini,si teman telah sudi menawarkan diri,sanggup berusaha membantu mencari,si baby comel untuk dipelihara dan dikasihi,ditatang seumpama darah daging sendiri.

Hati masih di persimpangan,tawaran si teman belum diberikan jawapan,diri masih belum dapat membuat keputusan,adakah anak angkat satu penyelesaian?

Tapi di sudut hati perempuan ini,masih berharap doa dikabul Ilahi,berpeluang menimang cahaya mata sendiri.Walaupun ku sedar keputusan harus cepat,lantaran masa semakin singkat,angka usia makin meningkat.

Alhamdullillah,suami yang dikasihi tidak pernah sekali memaksa,apatah lagi menyalahkan sesiapa,tidak pernah sekali memberi tekanan,barangkali cuba menjaga perasaan,sentiasa mengingat dan menyabarkan,segala ini adalah ujian Tuhan.

Anak angkat?Anak angkat?Anak angkat?Apakah keputusan yang harus ku buat?Ya Allah Yang Maha Pemurah,berikan lah aku hidayah,kepadaMU aku berserah.....

0 comments:

Post a Comment

 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea