Tuesday, October 26, 2010

Kembali Bersuara

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Tuesday, October 26, 2010

Wah!Sudah lama blog ini ku abaikan.
Walaupun tak berjenguk, tetap tak pernah ku lupakan.
Niat di hati cuba mengemaskini blog ini selalu.
Meluahkan apa di hati, apa yang terbuku.

Setahun berlalu, tapi diri masih lagi begitu.
Tiada tanda2 untuk menjadi seorang ibu.
Tapi tiadalah aku terlalu berduka nestapa, berjiwa lara.
Walaupun ku sedar akan peningkatan usia, peluang semakin tiada.

Aku pasrah atas kehendak Allah yang Esa.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Tiadalah kita insan yang lemah ini mengetahuinya.
Hanya DIA Yang Maha Mengetahui, Pencipta Alam Semesta dan Manusia!

1 comments:

Jasmin said...

bersiar-ssiar di blog ini sambil menikmati kata-kata yg penuh motivasi islami buat hati rasa terpujuk... kerana saya juga sedang mengimpikan zuriat setelah hampir 4 tahun berumahtangga...

Post a Comment

 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea