Wednesday, November 7, 2012

Pengorbanan Seorang TTC

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Wednesday, November 07, 2012

Salam Aidil Adha!

Sorilah, baru ari ni ada kesempatan nak ucap selamat dan seterusnya update blog ahkak ZI ni.

Kepada yang buat korban-lembu,kambing,unta-TAHNIAH Ahkak ZI ucapkan.

Semoga ibadah korban anda diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Amin!

Bila sebut bab korban2 ni, pada insan2 terpilih adik2 TTC ni, pengorbanan adalah sesuatu yang sinonim.

Sebenarnya pelbagai bentuk pengorbanan yang perlu dilakukan oleh adik2 TTC.

Hanya adik2 TTC yang mengetahui dan mengerti!

1. Korban Wang Ringgit

Orang cakap wang ringgit bukanlah segala2nya.

Wang ringgit tidak menjamin kebahagiaan.
 
Tapi dalam proses TTC wang ringgit adalah satu pengorbanan yang perlu dilakukan oleh pasangan2 yang mendambakan kehadiran zuriat impian.

Kos rawatan kesuburan seperti IVF, IUI memang memerlukan pengorbanan wang ringgit yang banyak.

Itu belum masuk lagi, pemakanan2 tambahan seperti Biodex, Jamu Mak Dara, Bidadari etc..etc...

Tambah lagi kalau pergi rawatan tambahan alternatif seperti rawatan tradisional, mengurut, refleksologi, akupuntur etc..etc..

Pendek kata, apa saja ikhtiar akan diusahakan walaupun ratusan malah ribuan wang ringgit perlu dikorbankan semata-mata untuk mendapatkan zuriat impian.

2. Korban Masa dan Tenaga

Selain daripada wang ringgit, pengorbanan masa dan tenaga juga perlu dilalui oleh adik2 TTC. 

Kalau yang bekerja, kadang2 cuti tahunan banyak dihabiskan untuk pergi mendapatkan rawatan kesuburan. 

Turun-naik tangga, keluar-masuk hospital, klinik, itu perkara biasa untuk adik2 TTC.

Demi untuk mendapatkan zuriat impian, kadang2 adik2 TTC sanggup pergi je ke mana ceruk rantau.

Kat mana je dengar orang- bomoh, pengamal perubatan traditisional, tukang urut etc- yang boleh membantu, adik2 TTC sanggup berkorban masa dan tenaga travel jauh2 untuk mendapatkan rawatan.

3. Korban Rasa

Demi mendambakan zuriat impian, adik2 TTC sanggup mengorbankan rasa.

Rasa apa? 

Rasa sedap ;-) ~Ha!Apsal senyum2 tu?~

Maksud ahkak ZI, rasa sedap lidah dan tekak la.

Macam2 ubat, air, pil, buah2an, herba2 etc..etc.. yang sanggup adik2 TTC telan.

Rasa pahit+payau+masam+manis, pendekata seribu-satu rasa dah masuk kat tekak adik2 TTC kan.

4. Korban Body

Korban body?

Amboi!Terangkat kening korang bila ahkak ZI tulis korban body ya.

Baca dulu sampai abis..sayang ooooiiii!!!

Maksud ahkak ZI, dek kerana dah bermacam hormon, ubat masuk kat body adik2 TTC, suka-tak suka ada perubahan pada bentuk,lekuk-liuk body adik2 TTC kan.

Kalau dulu bentuk body macam biola. Sekarang dah macam double bass!!~huaaa!!!!pengalaman sendiri!~

Kalau dulu timbang badan, jarum penimbang pun segan nak gerak. Sekarang, pandang penimbang pun tak berani!

Kalau dulu, boleh bergaya dengan baju kebaya ketat. Sekarang, sorry laaa...spare tyre kat sana-sini!


5. Korban Perasaan

Dalam banyak2 pengorbanan, yang ni susah sikit.

Sapa2 yang termasuk dalam group TTC, tahulah apa yang ahkak ZI maksudkan.

Muka kena tebal.

Telinga kena tuli.

Mulut kena kunci.

Walaupun hati menangis...

Adik2 TTC kena jadi manusia tak lut sindiran, cacian, umpatan.

Hati kena kering, keras macam batu.


Apa2 pun, segala bentuk pengorbanan yang adik2 TTC perlu lakukan, semuanya untuk satu tujuan. 

Mendapatkan zuriat impian yang diimpikan.

Semoga pengorbanan yang adik2 TTC lakukan mendapatkan keredhaan Allah SWT sebagaimana korban yang dilaksanakan pada Hari Raya Aidil Adha.

12 comments:

hanidatul shatira said...

ya betulllll........

Farisha Haris said...

setujuuuuuuuu.....

Unknown said...

Stuju.. Smge kita TTCians semua tgolong dalam og2 y sabar.. :')

::EIDA:: said...

segala pengorbanan kita pasti satu hari nnti ALLAH akan balas dgn kemanisan. aminn kak........ =)

Zuriat Impian@Ahkak ZI said...

Dik,
Hanya TTC yang faham perasaan dan pengorbanan TTC kan..

Unknown said...

Betul 2...Saya setuju ngan akak zi...Tapi pasti ada hikmah di sebalik semua itu...insyaAllah suatu hari nnt impian kita semua untuk menjadi seorang ibu akan tercapai...

PutriesNoora said...

hanya mampu tersenyum...rasa nak nangis pun ada...moga Allah berkati usaha kita...aminnnn=)

Unknown said...

Insya Allah..semga ganjaran yg bermakna atas segala kesabaran kita yg TTC ni..

PhatLady said...

setuju tu kak..
banyak pengorbanan kita TTC ni..

x ketinggalan.. berkorban menjeruk hati juga... huhuhuuu

Arya E-ra said...

Sabar kak, tapi betul memang banyak pengorbanan bagi TTCians nie...

Zuriat Impian@Ahkak ZI said...

Arya E-ra,

TQ dear.



Unknown said...

As salam Zuriat Impian@Ahkak ZI..hari ni sy terbaca blog akak tentang TTC..mmg byk dugaan & cabaran yang perlu dilalui...walau apepun semoga kite2 yang masih ber TTC ni akan dikurniakan amanah Allah yang satu itu..amin....

Post a Comment

 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea