Tuesday, January 15, 2013

Masih Ada Sinar Harapan :-) (Part II)

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Tuesday, January 15, 2013 4 comments
Selamat Tahun Baru 2013 TTCian sayanggg!!!!


Memang dah resmi Ahkak ZI.

Bab wish2 ni selalu ketinggalan LRT.

Save the best for last gitu...boleh?~he..he...

Entry kali ni Ahkak ZI nak sambung story Ahkak ZI paling last dalam tahun 2012.

Kira sequel ala2 citer Lord Of The Ring atau Harry Porter tu la kan...ha..ha...~uwek!!perahsantan betul!

Lama juga Ahkak ZI nak buat sequel ni tau.

Amik masa 2 tahun cari idea!~chet!cari idea ya Ahkak ZI,kononnnn....walhal malas nak update blog! Naik bersawang dah!

OK lah adik2 sekalian..tak yah la layan ayat2 merapu Ahkak ZI kat atas tu.

Berbalik pada story Ahkak ZI dengan kenalan ahkak a.k.a Pn. Dr. tu, sempatlah juga Ahkak ZI risik2 jika dia ada amik apa2 supplement ke, produk ke untuk TTC.

Menurut Pn. Dr, dia hanya amik asid folik dan Evening Primose Oil (EPO) atas saranan doktor yang merawatnya.

"Dr. makan asid folik & EPO je ke?"~Ahkak ZI tak puas hati.Nak confirmation.

Yup!

Menurut Pn. Dr. dia amalkan selama 7 bulan makan asid folik & EPO tu sebelum berjaya conceive.

EPO tu dia makan 2 biji belah siang dan 2 biji lagi belah malam.

Ahkak ZI lupa lak nak tanya EPO yang berapa mg punya.

Sebelum ni Ahkak ZI pernah gak baca, ada yang amalkan makan EPO untuk TTC.

Tapi, tak tahulah kenapa tak tergerak lak hati Ahkak ZI nak mencuba.

Mungkin Allah belum bukakan hati Ahkak ZI lagi sehinggalah bertemu dan mendengar experience TTC Pn. Dr ni.

"Tapi be prepared la..berat badan naik!"~warning Pn. Dr.

Ha!Berat naik ke?~huwaaa!!!

Ahkak ZI baru cuba nak buang lemak2 berlebihan ni dengan minum cuka epal.

Sampai Cik P pun dah jadi haru-biru macam yang Ahkak ZI story dalam sequel Confuse Ahkak ZI sebelum ni.

Ah!Tak kisahlah.

Dah bertahun berkilo2 naik, kalau berat naik lagi setakat sekilo dua apa lah sangat kan....~ikhlas ke ni Ahkak ZI ooiii!!!

Ahkak ZI rasa itu je lah yang Ahkak ZI akan amalkan dalam usaha2 terakhir TTC ni.

Mendengar citer TTC Pn. Dr. tu, Ahkak ZI percaya masih ada sinar harapan di hujung perjalanan TTC ini jika Allah SWT mengizinkan....

InsyaAllah...

Monday, December 17, 2012

Masih Ada Sinar Harapan :-)

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Monday, December 17, 2012 8 comments
Memang Ahkak ZI akui.

Ahkak ZI dah slow down sikit dalam bab2 usaha TTC ni.

Last treatment TTC yang Ahkak ZI buat, last year.

Macam yang Ahkak ZI story dalam entry Doktor Bukan Tuhan!

Lepas daripada tu, langsung Ahkak ZI stop!

Ada la mak Ahkak ZI bagi serbuk kurma dari Mekah.

Pak sedara Ahkak ZI baru balik dari umrah tolong belikan.

Anak pak sedara Ahkak ZI ni pun TTC juga.

Ahkak ZI ambil je tapi tak makan pun!

Lately, Ahkak ZI ada amalkan minum cuka epal.

Tapi itu pun nawaitu utama nak kuruskan badan!

Lepas Cik P Ahkak ZI tingtong, Ahkak ZI makan pil asid folik balik.

Itu pun on-off je!

Ikhtiar Ahkak ZI, hanya doa dan bersedekah!

Ntah la dik...

Give-up?

Mungkin juga....

Pasrah?

Agaknya...

Redha?
 
Dah lama....

Ahkak ZI tau.

Doa tanpa usaha pun tak boleh juga.

Tapi, Ahkak ZI hanya cuba menjadi realistik!

Realistik bukan plastik!

Salah ke?



Tapi baru2 ni Ahkak ZI berkesempatan bersembang2 dengan seorang kenalan dalam satu kursus.

Dia seorang Dr...errr..bukan doktor perubatan tapi doktor PHD.

Terkeluarlah cerita, dia telah dikurniakan Allah rezeki zuriat dalam usia lewat 40'an.

47 years old to be exact!

Subhanallah!

Actually this is her second baby from her second marriage.

Baby yang pertama umur tak panjang.

Komplikasi jantung, meninggal lepas lahir.

Selepas 1st baby tu meninggal, beliau dan suami berserah kepada Allah jika diberikan zuriat lagi.

Kun-Fa-Ya-Kun!

Dia pun tak sangka diberikan Allah rezeki anak sekali lagi di dalam usia begitu.

Alhamdulillah! Baby yang kedua ini sihat, sempurna dan sangat comel!

Bila dengar cerita kenalan ni, seolah2 Ahkak ZI macam diberi suntikan semangat semula!

Tiada yang mustahil jika Allah SWT berkehendakkan!

Friday, December 14, 2012

Confuse??? (Part IV)~The Ending....

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Friday, December 14, 2012 3 comments
Assalammualaikum dan salam Jumaat semua...

Sorilah sebab baru hari ini Ahkak ZI ada kesempatan nak mengupdate citer confuse Ahkak ZI yang lepas.

Harap tak basi lagi lah ya...


Cukup lah setakat 4 part je stori confuse Ahkak ZI.

Kang sequel tak abis2, boring lak korang baca kan..

So alkisahnya pada hari Jumaat, 23/11/2011 iaitu sehari sebelum 10 Muharram, Ahkak ZI ni pun buatlah posa sunat Muharram.

Ya lah...itulah salah satu cara nak kumpul saham akhirat kan.

So, dipendekkan citer, 2 jam sebelum buka posa, terasa lak nak kadar hajat kecik.

Kemudian Ahkak ZI ternampak lah brownish spotting kat seluar kecik Ahkak ZI.

Eh!Confuse jap...Cik P nak datang ke ni?

Sebab biasanya camni la peel Cik P kalau baru2 nak datang.

Malu2 lak nak tunjuk muka.

So camne ni?

Nak teruskan posa ke tidak ni?

Lagi 2 jam je nak buka, rugi lak rasa.

Tapi kalau Cik P datang, teruskan posa pun tak guna gak.

So, apa keputusan Ahkak ZI?

Jeng..jeng...jeng....

Ahkak ZI dalam dilemma.

Setelah Ahkak ZI bulatkan hati, tekad dan semangat, Ahkak ZI buat keputusan yang amat berat ni!

Ahkak ZI pun belasah jer la nasi ayam dara yang abang korang tolong bungkuskan lepas balik solat Jumaat tadi..hu..hu...hu..

Perut pun sedang elok berkeroncong..la..la...la..la...

 Cik P dah datang.

So, tempoh mogok lebih 2 bulan Cik P dah berakhir.

Ahkak ZI buat conclusion, mungkin Cik P ting-tong sebab perubahan hormon Ahkak ZI bila amalkan minum cuka epal seperti dalam entry yang lepas.

Boleh?



p/s Dalam tempoh beberapa hari, Cik P masih malu2 nak keluar. 1st day tak heavy mcm selalu. Brownish spotting jer. Ahkak ZI terus confuse...huwaaaa!!!
 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea