Wednesday, November 28, 2012

Confuse??? (Part III)~Cuka Epal

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Wednesday, November 28, 2012
Assalammualaikum semua,

Entri kali ni ahkak ZI nak continue story confuse ahkak ZI lagi.

Boleh?

Kalau tak boleh pun, apa uols boleh buatkan...baca je la apa yang ahkak ZI merapukan ni hik...hik...~kijam!

Mesti ada yang interested nak tau apa kesudahannya kes Cik P ahkak ZI yang mengada2 buat perangai tu kan?

Tungguuuuuu....

Ahkak ZI reserve untuk entry akan datang.

Buat suspen sket he..he...~suspen la sangatttt!!!

Mungkin ada yang confuse apa kaitan cuka epal dengan story confuse ahkak ZI yang confuse sebab dah lebih 2 bulan Cik P tak datang menziarah~dei!berapa banyak confuse daaaaa....

Sebenarnya selain daripada possibility ahkak ZI conceive, ahkak ZI tertanya2 adakah minum cuka epal boleh mempengaruhi jadual kedatangan Cik P?

Sebab sebelum ni ahkak ZI tak de pula apa2 masalah problem dengan Cik P.

Tiap2 bulan mesti datang macam bangla jual karpet kutip utang he...he...~motif kaitkan bangla jual karpet dalam story ni 

Sebelum tu ahkak ZI actually baru start amalkan minum cuka epal, brand Kemal Kukrer dari Turki macam gambar kat bawah ni.

Ahkak ZI sebenarnya cuba nak bakar lemak2 berlebihan kat badan ahkak ni dengan minum cuka epal.

Kenkonon nak slim la skettt....~tolong jangan gelak wokeyyy!

Biasanya, pagi2 sebelum breakfast, ahkak ZI bancuh cuka epal ni  air dan campur dengan madu.

Sedap gak rasanya. 

Masam2 manis.

Tak de la rasa masam extreme macam pati buah delima yang ahkak ZI pernah minum dulu.

Fuh!Punyalah masam sampai bila masuk mulut terus terloncat2 ahkak ZI menahan kemasaman.

Gelak abang korang tengok muka ahkak ZI berkerut seribu cuba nak menghabiskan pati delima tu.

Ahkak ZI sebenarnya tak ingat samada masa bulan pertama ahkak start minum cuka epal ni Cik P datang ke tidak.

Ahkak ZI try google samada minum cuka epal ini boleh delay kedatangan Cik P.

Tambah confuse lak jadinya.

Ada kata cuka epal ni, tak akan delay Cik P.

Cuma dia boleh slow down heavy period.

Cuka epal juga boleh membantu regulate period yang tak teratur.

Ahkak ZI stop dulu minum cuka epal bila Cik P delay.

Apa2pun, ahkak ZI percaya cuka epal memang banyak khasiat dan kebaikannya jika diamalkan.

Kalau tidak, tak kan lah cuka epal terpilih salah satu daripada makanan sunnah kan?


11 comments:

JayFarhana said...

Cuka epal byk khasiatnya kak..ada TTCians yg berjaya conceive lepas cuba amalkan cuka epal ni..mudahan2 ada rezeki utk akak xlama lagi ;)

umaira said...

pelbagai rahsia cuka epal yg kita tak tahu..

Anugerah said...

Salam akak...selama ni saya hanya silent reader..Namun hari ni saya tergerak hati nak tulis komen, bukan komen apa pun..just nak tanya, akak penah try krim lumiglow tak utk TTC atau utk stabilkan period? Saya bkn nak promote, cuma just nak buat survey jer sbb bila tgk kat fb Jom Hamil tu macam ramai yg dah pregnent...

JayFarhana said...

Dear Anugerah, minta maaf sy nak menyampuk walau awak tak tanye kat saye. saye penah guna lumiglow. My entry on this http://findingtwolines.blogspot.com/2011/10/lumiglow-pulak.html
Dah cuba 2botol dan period saya tak betul jugak. Takde kesan apa2 kat hormon, sy tau sbb sy monitor BBT so BBT saya temperature dok takat tu je. sy ikot cara sapu yg betul smua, lepas 2 botol nothing happen sy dah takbeli, maybe sesuai utk orglain dan bukan sy. U try la dulu :) jgn tgk kat fb yg promote produk tu, kene tgk kat fb pengguna2 yang dah cuba produk tu mcm fb TTC Group Malaysia...rata2 smua takde yg improve..ada sorg je yg katanya period regular tapi yg lain smua tak..maybe it wont work for all women.

saly said...

salam kenal.

singgah sini n terus follow.. #96

Farisha Haris said...

setuju dengan jay... saya pon dah guna...dengan penuh disiplin lagi... tapi it wont works as i hope...ye mungkin lumiglow berkesan dengan yang lain tapi bukan saya...

Zuriat Impian@Ahkak ZI said...

Dear Anugerah,

Sorilah ahkak ZI lambat reply ni.
Tang krim lumiglow tu, 1st time ahkak ZI dengar.
Tak tau pun kewujudannya ha..ha..
Tapi pada pendapatan peribodi ahkak la kan, mungkin orang lain tak sama ahkak tak tahu, kalau jenis krim2 ni kalau ada efek pun mungkin ambil masa. Ya la..sbb sapu kat luar je kan.
Sedangkan yang kita kena telan hari2 pun,belum tentu ada efek sekelip mata.
Apa2pun, tak salah mencuba.
Yang penting usaha.
Allah SWT yang membenarkanya...

Zuriat Impian@Ahkak ZI said...

Dear JayFarhana,

Kadang2 ubat,supplement,vitamin atau apa2pun yang diambil ikut keserasian jugak dengan bodi kita kan.
Contoh ada orang amik Biodex sekotak je dah conceive. Tapi ada orang lain, dah berkotak2 masih tak conceive2 lagi.

Ada orang urut sekali je,next month dah preknen. Tapi ada orang pergi urut macam nak patah tulang, masih belum apa2 lagi.

So, apa2pun yang penting usaha.
Kalau tak serasi, kita cari alternatif lain.
InsyaAllah...usaha tangga kejayaan!

Zuriat Impian@Ahkak ZI said...

Dear mama_saly,

Salam kenal kembali.
Tkasih kerana sudi follow blog yg seberapa ni hik..hik..

Dear Farisha Haris,
Kalau rasa tak berkesan pada diri kita, mungkin kita boleh cari alternatif yang lain.
Yang penting usaha kan.

Anugerah said...

Terima kasih Ahkak Zi, JayFarhana & Farisha Haris atas feedback yg diberi...
Saya setuju dgn pndpt ahkak zi.. apapun usaha yg kita buat yg penting serasi...Ini berdasarkan pglmn sndri yg dah buat mcm2 la jgk utk TTC, tapi 'termengandungnya' semasa sdg 'berehat seketika' dr sebarang usaha moden atau tradisional utk TTC(means stop ambil ubat, suplement, jumpa doc, minum air akar kayu & mcm2 lagi)..N now kembali berusaha utk TTC kali kedua selepas setahun stgh kehilangan bayi yg dikandung 36minggu di samping berusaha menghilangkan terus endometriosis yg membelenggu saya sejak sebelum mengandung lagi..

Centreville Upholstery said...

I really enjoyed your blog, thanks for sharing

Post a Comment

 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea