Thursday, July 12, 2012

Redha Di Mulut, Ikhlaskah Di Hati?

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Thursday, July 12, 2012 5 comments Links to this post
"Saya redha jika Allah tidak kurniakan saya zuriat. Pasti ada hikmahnya......"

"Saya redha jika ditakdirkan saya tidak ada anak. Allah nak menguji saya...." 

"Saya redha jika saya tak berpeluang punya cahaya mata. Allah Maha Mengetahui "


Betul ke ko redho dik?

Ikhlas ke hati ko bila sebut perkataan redha tu?


Tapi kan dik, kalau ko benar2 redha dan ikhlas, kenapa...kenapa....why....why.....

  • airmata ko mengalir setiap kali datang peyed?
  • hati ko terluka setiap kali baca status kat wall FB kawan ko dah preknen?
  • jiwa ko sentap setiap kali makcik2 joyah mulut kepoh jumpa kat kenduri kawin tanya ko dah berisi ke belum?
  • dada ko sebak setiap kali dapat berita adik-beradik,sedara-mara,sepupu-sepapat ko yang baru kawin dah bunting pelamin macam Fasha Sandha?
  • senyum ko tawar bila manusia mulut tak de insuran bertanya soklan bodoh apasal perut ko tak buncit2 lagi?
Why? Why?

"Redha itu ikhlas. Pasrah itu itu menyerah!"~Macam pernah ku dengar ayat ini, tapi di mana ya?he..he...drama la pulak!~


p/s
Walaupun ahkak ZI ni dah dekat sedekad menanti, dah masuk dalam fasa redha, tapi sesekali tercuit juga hati nurani ahkak ZI ni.
Ya Allah! Tingkatlah kesabaran dalam diri hambaMu ini...

Wednesday, July 11, 2012

Alhamdulillah ;-)

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Wednesday, July 11, 2012 2 comments Links to this post
Alhamdulillah!

Bersyukur di atas kurniaan Allah SWT.

Akan bertambahlah umat Nabi Muhammad S.A.W.

Semakin berkembanglah salasiah keluarga.

Semoga zuriat yang lahir menjadi anak yang soleh/solehah.

Amin!




Tahniah untuk adik-adik saudara ahkak ZI!

AFR~bakal menimang zuriat yang pertama
NRR~bakal menimang zuriat yang kedua



p/s
Ahkak ZI masih seperti yang dulu ya adik2.
Masih setia menanti.....

 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea