Saturday, October 31, 2009

Anak Angkat

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Saturday, October 31, 2009 0 comments
Baru-baru ini,seorang teman baik suami yang mulia hati,telah mengesyorkan kepada kami,ambil lah anak angkat,agar kesunyian hidup terubat.

Tapi yang ironinya,si teman masih belum berpunya,maaf!bujang terlajak boleh lah dikata.Si teman sudah punya anak dua,walaupun anak angkat cuma,namun sangat dikasihinya sepenuh jiwa.Keraplah si teman ini bercerita,betapa bahagia dan bermakna hidupnya,ditemani anak-anak angkatnya yang manja,meskipun empunya diri isteri tiada.

Dek kerana simpati dengan nasibku ini,si teman telah sudi menawarkan diri,sanggup berusaha membantu mencari,si baby comel untuk dipelihara dan dikasihi,ditatang seumpama darah daging sendiri.

Hati masih di persimpangan,tawaran si teman belum diberikan jawapan,diri masih belum dapat membuat keputusan,adakah anak angkat satu penyelesaian?

Tapi di sudut hati perempuan ini,masih berharap doa dikabul Ilahi,berpeluang menimang cahaya mata sendiri.Walaupun ku sedar keputusan harus cepat,lantaran masa semakin singkat,angka usia makin meningkat.

Alhamdullillah,suami yang dikasihi tidak pernah sekali memaksa,apatah lagi menyalahkan sesiapa,tidak pernah sekali memberi tekanan,barangkali cuba menjaga perasaan,sentiasa mengingat dan menyabarkan,segala ini adalah ujian Tuhan.

Anak angkat?Anak angkat?Anak angkat?Apakah keputusan yang harus ku buat?Ya Allah Yang Maha Pemurah,berikan lah aku hidayah,kepadaMU aku berserah.....

Saturday, October 24, 2009

Doa dan Harapan

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Saturday, October 24, 2009 0 comments
Diriku hanya insan biasa,hamba Allah Yang Maha Esa.Apa yang terdaya hanyalah usaha,untuk mendapat zuriat yang dicita,walau apa cara dan harga.

Doaku panjatkan kepada Allah,Tuhan Yang Maha Penyayang Lagi Pemurah.Hanya padaMU tempatku memohon dan berserah.Engkau perkenankanlah doa yang kutitipkan.Engkau berkatilah usaha yang kulakukan.Engkau kabulkanlah impian dan harapanku,kurniakanlah ku zuriat comel dan manja memanggilku IBU....











Ya Allah,Ya Rabbi Tuhan Pencipta Sekalian Alam.Hanya Engkau yang mengetahui apa yang tersirat dan rahsia yang tersulam.Janganlah Engkau biarkan diriku seorang diri,kerana Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.Kurniakan padaku zuriat yang sempurna,berakhlak mulia,beriman dan terang mata hatinya.

Kurniakan padaku dari sisiMU zuriat keturunan yang baik,InsyaAllah dengan penuh kasih-sayang akan ku didik.Amin Ya Rabbal Alamin......

Friday, October 23, 2009

Satu Penantian Penuh Harapan

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Friday, October 23, 2009 3 comments
Hari ini genap 6 tahun,5 bulan,1 minggu dan 1 hari, usia perkahwinanku dengan suami yang dikasihi.Namun sehingga ke hari ini, masih mendambakan kehadiran permata hati.Sebagai penyeri rumahtangga kami,penyambung kasih dua hati.

Kalau diikutkan kata hati,setiap hari nasib diri diratapi.Alhamdullillah,cahaya keimanan masih tersemat dihati.Redha menerima semua ini sebagai ujian Ilahi.Walau terkadang jiwa terguris tatkala diri dikeji,hati menangis tatkala diuji sindiran berduri.Namun aku percaya aku insan terpilih,harus bersabar,kuat semangat,jangan mudah bersedih.

Blog ini kulahirkan dengan penuh ketulusan,kerna ku percaya aku tidak keseorangan.Di luar sana pasti ada sahabat taulan,yang sudi berkongsi pengalaman dan perasaan.Hanya insan yang senasib diri,yang dapat menyelami dan memahami,erti penantian yang penuh pengharapan, akan kehadiran zuriat impian....
 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea