Thursday, November 17, 2011

Jangan Bersedih Apabila Doa Tidak Dimakbulkan

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Thursday, November 17, 2011 6 comments


BERDOA adalah suatu ibadat. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadat ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak, pahalanya sentiasa ada di sisi Allah.

Nabi Saw bersabda:
“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalam dirinya dosa, atau
memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada doa itu disegerakan makbul atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkankeburukan yang sepadan dengan doa tadi.”

( Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih ).


Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadat." Setiap doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:

1. Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa. Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui. Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia.

2. Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah.

Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara.

Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.

3. Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa. Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.

Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepada-Nya dan jangan berputus asas untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan sesama insan serta meminta perlindungan daripada-Nya.

Monday, October 10, 2011

Foto Menakjubkan Dari Dalam Rahim

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Monday, October 10, 2011 4 comments


Sungguh comel mereka kan?


Kredit : Sumber

Sunday, October 9, 2011

Memujuk Hati

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Sunday, October 09, 2011 1 comments

Duhai hati, sudah berputus asa kah kamu? Apakah kini hanya mampu menangis meratapi nasib diriku?

Belajarlah menerima kenyataan, seandainya sehingga akhir hayat di kandung badan, zuriat impianku tidak kesampaian.

Duhai hati, redha lah seikhlasnya menerima qada' dan qadar Ilahi, jika itulah pengakhirannya nanti.

Aku sedar waktu untukku semakin pendek. Jam biologiku tik-tok-tik-tok, tidak berhenti berdetik.

Kalau ikut teori perubatan ciptaan manusia, hamil melepasi usia sebegini tinggi risikonya. Harapan besarku semakin menipis, hati pilu, pedih, luka bagai dihiris2.

Syukur masih ada suara2 simpati yang memotivasi diri ini. Allah Itu Maha Berkuasa, Kun-faya-kun, semuanya boleh terjadi.

Namun, jika doa yang tidak putus2 ku panjatkan, Allah masih tidak kabulkan. Jika permintaan ku yang satu ini, Allah tetap tidak perkenankan. Tidaklah aku bersangka buruk padamu Ya Allah Ya Tuhanku. Kerana aku tahu, kasihMu padaku mengatasi kemurkaanMu.

Pasti ada perancangan terbaik dari Mu. Pasti ada hikmah di atas apa yang ditakdirkan pada diriku.

Aku hanya tidak dikurniakan rezeki cahayamata. Tetapi, aku masih dikurniakan rezeki lain dalam pelbagai cara. Cuma terkadang aku sahaja yang alpa.

Aku punya dua mata untuk melihat dunia penuh warna.
Aku punya dua tangan untuk membuat pelbagai kerja.
Aku punya dua kaki untuk berjalan, berlari, bergerak kemana-mana.
Aku punya dua telinga untuk mendengar bunyi, hilai tawa.
Aku punya mulut untuk makan dan mengalunkan suara.
Aku punya udara untuk dihirup sehingga hujung nyawa.
Aku punya kesihatan yang baik, sihat lagi bertenaga.
Aku punya akal-fikiran yang sempurna, normal dan tidak gila.
Aku punya pekerjaan untuk menyara diriku dan keluarga.
Aku punya kenderaan untuk membawaku ke mana sahaja.
Aku punya makanan yang enak2 untuk mengisi perut bila lapar menjelma.
Aku punya minuman pelbagai perisa untuk menghilangkan haus dahaga.
Aku punya rumah kediaman yang sempurna dan selesa.
Aku punya negara yang aman, damai dan sentosa.
Aku punya suami yang menyayangiku sepenuh jiwa.
Aku punya ibubapa yang tidak putus2 mengutuskan doa mereka.
Aku punya....
...
...
...
...
...
...

Tidaklah aku mampu menyenaraikan satu-persatu rezeki yang Allah sudah kurniakan padaku.

Tidak terhitung bilangannya, tidak ternilai harganya, tidak tertimbang beratnya, tidak terukur jaraknya.

Duhai hati, janganlah engkau rawan. Bersyukurlah di atas nikmat rezeki yang Allah sudah kurniakan.

Duhai hati, janganlah kau lupa yang satu ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.


p/s Sometimes we just take things for granted ...






Wednesday, October 5, 2011

Pesanan Untuk Follower Yang Dihormati

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Wednesday, October 05, 2011 3 comments


Oh!Sungguh terharunya hati. Masih ada yang sudi yang follower blogku ini. Terimakasih kuucapkan setulus hati. Sudi membaca coretan luahan hati ini.

Inginku follow semula blog follower yang ada, tapi malangnya ada yang tiada link pula.

Jadi follower2 yang dihormati, kalau link blog anda tidak dikemaskini lagi, anda bolehlah ikut step di bawah ini.

1. Sign-in ke blog anda.
2. Pergi ke dashboard.
3. Edit profile.
4. Cari Homepage URL.
5. Masukkan URL blog anda.
6. Save

Namun jika step di atas masih tidak dapat diikuti. Bolehlah anda semua tinggalkan link blog anda di Shoutbox blogku ini.

InsyaAllah blog anda akan ku lawati dan follow kembali.

Terimakasih atas perhatian anda.:-)

Tuesday, October 4, 2011

Manusiakah Itu?

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Tuesday, October 04, 2011 0 comments
Ya Allah! Ya Rabbi! Ya Tuhanku!

Apakah harus ku panggil makhluk itu? Kalau dia seorang manusia, tidakkah dia punya hati nurani? Kalau binatang, haiwan pun tahu sayangkan anak sendiri.

Tapi yang ini? Ya Allah!!!!

Sesak nafasku, mengalir airmataku, pedih hatiku bagai dihiris sembilu. Tatkala melihat tubuh mongel yang tidak berdosa ini. Dihumban, dicampak, dibuang, dizalimi oleh sang ibunya sendiri.

Ya Tuhan....tidak adakah sekelumit pun cahaya keimanan, tatkala si ibu bertindak sedemikian. Inilah bahana bila nafsu serakah mengatasi kewarasan akal fikiran.

Apalah salah dan dosanya si comel ini, diperlakukan sezalim begini?


SELAYANG – Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini semalam.

Mayat bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu.

Ibu bayi itu yang mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya ke dalam longkang menerusi tingkap.

Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel dan mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan.

Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati itu, polis menahan seorang gadis berusia 19 tahun yang tinggal di flat tersebut.

Menurut beliau, gadis itu belum berkahwin dan polis mengesyaki dia mengandung angkara hubungan sulit dengan teman lelakinya.

“Suspek yang bekerja sebagai pelayan restoran itu mengaku melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas rumahnya pada pukul 4 pagi ini (semalam).

“Suspek mendakwa ketika dilahirkan, bayi terbabit sudah tidak bernyawa menyebabkan dia membuang anaknya itu ke dalam longkang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber:Kosmo





Monday, October 3, 2011

Mutiara Kata (Part 1)

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Monday, October 03, 2011 0 comments
Kahwin tanpa anak samalah seperti memugar tanah tanpa hasil.
Mungkin tanahnya tak subur.
Mungkin benihnya tak menjadi.
Mungkin campuran antara tanah dengan benih itu tidak berapa kena.
Banyak tanah dari benih atau banyak benih dari tanah.
Semuanya boleh jadi.
Tetapi juga soal anak bukan soal tanah dan benih sahaja.
Kalau keduanya baikpun, kalau Allah tak izin, anak tak dapat juga.

(Shahnon Ahmad, Tunggul-tunggul Gerigis, 1988)

Sunday, October 2, 2011

Cik P Datang Lagi :-(

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Sunday, October 02, 2011 5 comments
Hari ini Cik P muncul lagi. Walau pun kedatangannya tak dinanti. Dia tetap setia menjenguk diri ini.

Sepertimana kebiasaan, Cik P datang awal walaupun belum cukup sebulan. Cuma dalam setahun adalah beberapa kali. Genap 30 hari barulah Cik P memunculkan diri.

Dahulu di awal2 tahun kemunculannya, Cik P selalu disambut dengan iringan airmata. Pasti munculnya Cik P membawa berita duka. Zuriat impian yang didamba tidak akan menjelma.

Namun sejak akhir2 ini, seiring dengan kematangan usia. Kedatangan Cik P disambut dengan hati yang terbuka. Walau masih terselit rasa hampa, kecewa dan luka.

Setidak2nya dengan kehadiran Cik P, sinar harapan masih tetap ada di hati. Rutin perempuanku masih tetap sempurna. Sebelum Cik M pula datang menjelma. Bermakna, diri ini masih lagi muda, belum masuk usia tua.~ha...ha...ha... ;-)



Saturday, October 1, 2011

Setahun Sudah Berlalu...

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Saturday, October 01, 2011 2 comments

Hampir setahun sudah berlalu pergi. Baru hari ni blog ini ku lawati kembali. Terasa diri macam biskut Chipsmore pula. Kejap ada, kejap tiada!~:-)

Hampir setahun sudah berlalu, blogku kini berwajah baru. Sebagai satu motivasi diri, agar blog ini selalu dikemaskini.

Walau hampir setahun sudah berlalu, diri ini masih seperti dulu. Zuriat impian yang didambakan, masih belum Allah kurniakan. Namun diri ini terus pasrah. Hanya pada Allah tempat berserah.

Tapi tidak disangka2, blog yang lama terabai ini sudah ada follower. Terimakasih pada yang sudi, membaca luahan hati kecil ini.

InsyaAllah diri ini akan cuba sedaya upaya. Blog ini akan dikemaskini sentiasa. Setahun sudah berlalu pergi. Banyak yang nak dicerita, banyak yang nak dikongsi.




 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea