Thursday, November 17, 2011

Jangan Bersedih Apabila Doa Tidak Dimakbulkan

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Thursday, November 17, 2011


BERDOA adalah suatu ibadat. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadat ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak, pahalanya sentiasa ada di sisi Allah.

Nabi Saw bersabda:
“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalam dirinya dosa, atau
memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada doa itu disegerakan makbul atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkankeburukan yang sepadan dengan doa tadi.”

( Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih ).


Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadat." Setiap doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:

1. Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa. Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui. Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia.

2. Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah.

Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara.

Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.

3. Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa. Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.

Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepada-Nya dan jangan berputus asas untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan sesama insan serta meminta perlindungan daripada-Nya.

6 comments:

fiey ahmads said...

sgt suka entry nih:)

Zuriat Impian@Ahkak ZI said...

Tkasih dear.

misskirokuza said...

insyaallah :)

Anonymous said...

Insyaallah....Allah maha mengetahui.... february next year....genaplah usia perkahwinan sya 8 thun..tpi blum ada reski lgi tuk mmpunyai zuriat sndri....mudah2an Allah sntiasa mnjdikan sya dan suami hambanya yg sbar dlm penantian ini...wlaupun kdang ksian sgt kat suami...tpi sya sntiasa ingatkan diri...Allah takkan menguji hambanya di luar keupayaannya...mungkin sya dan suami adalah antara hambanya yg kuat....

♥ Cherry ♥ said...

salam ukhuwah :) moga kita terus tabah.. Allah knows better.

lynn said...

mungkin belum rezeki kite lg...sy pun masih menanti.....4 tahun bagai perit rasanye. soalan dan petanyaan membuatkan emosi kite kadang2 terganggu.orang x rasa ape yang kite rasa sj akan terus memberi soalan pada kite....

semoga kite terus berdoa dan terus tabah utk menghadapi dugaan ini. Mmg penantian tu satu penyeksaan...sama2la kite hadapinye.

Post a Comment

 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea