Thursday, October 28, 2010

Airmata Ini Mengalir Lagi

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Thursday, October 28, 2010 0 comments Links to this post

Malam sepi ini. Airmataku ini mengalir lagi.
Walau ku cuba tabahkan hati. Tapi ku berdaya menahan diri.
Bukan kerana ku tak redha atas segala ketentuan Yang Esa.
Tapi entah mengapa, hati kecil ini begitu sayu terasa.
Hingga ke saat ini, zuriat impian masih belum dikurnia.
Tik..tok...tik....tok...
Biological clock terus berdetik. Menandakan waktu peluang ku semakin pendek.
Ya Allah Ya Rabbi Ya Tuhanku...
Berilah kekuatan padaku...
Untuk menerima segala ketentuan
Pasrah menghadapi segala dugaan.....

Tuesday, October 26, 2010

Kembali Bersuara

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Tuesday, October 26, 2010 1 comments Links to this post

Wah!Sudah lama blog ini ku abaikan.
Walaupun tak berjenguk, tetap tak pernah ku lupakan.
Niat di hati cuba mengemaskini blog ini selalu.
Meluahkan apa di hati, apa yang terbuku.

Setahun berlalu, tapi diri masih lagi begitu.
Tiada tanda2 untuk menjadi seorang ibu.
Tapi tiadalah aku terlalu berduka nestapa, berjiwa lara.
Walaupun ku sedar akan peningkatan usia, peluang semakin tiada.

Aku pasrah atas kehendak Allah yang Esa.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Tiadalah kita insan yang lemah ini mengetahuinya.
Hanya DIA Yang Maha Mengetahui, Pencipta Alam Semesta dan Manusia!
 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea