Tuesday, January 15, 2013

Masih Ada Sinar Harapan :-) (Part II)

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Tuesday, January 15, 2013 4 comments
Selamat Tahun Baru 2013 TTCian sayanggg!!!!


Memang dah resmi Ahkak ZI.

Bab wish2 ni selalu ketinggalan LRT.

Save the best for last gitu...boleh?~he..he...

Entry kali ni Ahkak ZI nak sambung story Ahkak ZI paling last dalam tahun 2012.

Kira sequel ala2 citer Lord Of The Ring atau Harry Porter tu la kan...ha..ha...~uwek!!perahsantan betul!

Lama juga Ahkak ZI nak buat sequel ni tau.

Amik masa 2 tahun cari idea!~chet!cari idea ya Ahkak ZI,kononnnn....walhal malas nak update blog! Naik bersawang dah!

OK lah adik2 sekalian..tak yah la layan ayat2 merapu Ahkak ZI kat atas tu.

Berbalik pada story Ahkak ZI dengan kenalan ahkak a.k.a Pn. Dr. tu, sempatlah juga Ahkak ZI risik2 jika dia ada amik apa2 supplement ke, produk ke untuk TTC.

Menurut Pn. Dr, dia hanya amik asid folik dan Evening Primose Oil (EPO) atas saranan doktor yang merawatnya.

"Dr. makan asid folik & EPO je ke?"~Ahkak ZI tak puas hati.Nak confirmation.

Yup!

Menurut Pn. Dr. dia amalkan selama 7 bulan makan asid folik & EPO tu sebelum berjaya conceive.

EPO tu dia makan 2 biji belah siang dan 2 biji lagi belah malam.

Ahkak ZI lupa lak nak tanya EPO yang berapa mg punya.

Sebelum ni Ahkak ZI pernah gak baca, ada yang amalkan makan EPO untuk TTC.

Tapi, tak tahulah kenapa tak tergerak lak hati Ahkak ZI nak mencuba.

Mungkin Allah belum bukakan hati Ahkak ZI lagi sehinggalah bertemu dan mendengar experience TTC Pn. Dr ni.

"Tapi be prepared la..berat badan naik!"~warning Pn. Dr.

Ha!Berat naik ke?~huwaaa!!!

Ahkak ZI baru cuba nak buang lemak2 berlebihan ni dengan minum cuka epal.

Sampai Cik P pun dah jadi haru-biru macam yang Ahkak ZI story dalam sequel Confuse Ahkak ZI sebelum ni.

Ah!Tak kisahlah.

Dah bertahun berkilo2 naik, kalau berat naik lagi setakat sekilo dua apa lah sangat kan....~ikhlas ke ni Ahkak ZI ooiii!!!

Ahkak ZI rasa itu je lah yang Ahkak ZI akan amalkan dalam usaha2 terakhir TTC ni.

Mendengar citer TTC Pn. Dr. tu, Ahkak ZI percaya masih ada sinar harapan di hujung perjalanan TTC ini jika Allah SWT mengizinkan....

InsyaAllah...
 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea