Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Sharing Is Caring ~ Doa Untuk Mendapatkan Zuriat-Amalan Dari Ulama' Mekah

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Monday, September 24, 2012 3 comments
Sekarang ni ahkak ZI suka layan radio IKIM.fm.

Halwa telinga ahkak ZI ni dah tak berapa nak terima EraFM, HotFM, SinarFM dan saluran radio seangkatan dengannya.

Mungkin dah peringkat2 umur di ambang senja ni.

Selera dengar radio pun dah berubah.

Seronok juga dengar IKIM.fm ni tau.

Banyak ilmu yang boleh dipelajari dan dimanfaatkan.

Lagu2 yang diputarkan pun sedap juga.

Sore2 DJ dia pun soothing jer.

Tak de la terpekik-terlolong, terjerit2, ketawa mengilai2 cam sesetengah DJ radio tu.

Antara slot yang ahkak ZI suka, Pesona D-Zahra, tiap2 Isnin, start jam 10 pagi.

Ustaz undangan adalah Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin a.k.a Ustaz Amin.

Suka dengar Ustaz Amin ni bagi ceramah.

Kadang2 ahkak ZI boleh gelak sorang2 masa Ustaz Amin ni sesekali buat lawak bila berceramah berkaitan dengan hal2 rumahtangga.

Actually entry ahkak ZI kali ni bukanlah pasal ustaz Amin ni ataupun IKIM.fm tu.

Cuma satu pagi tu, ahkak ZI terdengar Ustaz Amin bercerita tentang sorang sahabatnya yang minta bantuan Ustaz yang ketika tu nak pergi menunaikan umrah.

Sahabat ni minta Ustaz Amin bertanyakan kat alim-ulamak di Mekah kot2 ada doa dan amalan tertentu untuk dapatkan zuriat.


Kisah selanjutnya... ahkak ZI copy & paste dari blog Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin.~minta halalkan ya Ustaz!~

Bicara Ilmu 84 – “Doa Untuk Mendapatkan Anak – Amalan Dari Ulama’ Mekah”

Pertemuan saya dengan Habib Muhammad Jamalullail pada 21 Julai 2012 penuh dengan erti.

Habib Muhammad Jamallullail memberikan amalan untuk mendapat cahayamata bagi sesiapa yang susah atau belum mendapat cahaya mata.

Amalan ini boleh dibuat dengan dua keadaan:-
1. Jika kita ditempat kita
2. . Jika kita datang menunaikan Umrah

Keadaan satu (Jika Kita Berada di Tempat Kita)

1. Jika kita ditempat kita, bacakan setiap kali waktu solat 7 kali dua doa di bawah diiringi dengan istigfar seperti di bawah 100 kali

رَبِّيْ لاَ تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِيْنَ
maksudnya : Ya Tuhanku, janganlah biarkan aku keseorangan dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi

رَبِّيْ إِنِّيْ لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٍ
Tuhanku sesungguhnya aku adalah dari apa yang telah Engkau tetapkan padaku dan sebaik-baik orang yang faqir

Baca istigfar banyak2

أََسْتَغْفِرُاللهَ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
Aku minta ampun pada Allah dan sesungguhnya Dia yang maha memberi taubat.

Keadaan dua (Jika Kita Menunaikan Umrah)
Jika menunaikan umrah, setiap kali tawaf baca kedua-dua doa di atas, semasa di Mekah, baca Istighfar di atas banyak-banyak.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
“Ilmu Pelita Hidup”
al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
31 Julai 2012 jam 5.00 petang

Kredit : Sumber

p/s 
Pada yang berhajat untuk mengumpul saham akhirat, boleh lah bersedekah ke Yayasan Al-Ijabah yang ditubuhkan oleh Ustaz Amin. 

Sumbangan anda dimanfaatkan untuk Rumah Anak Yatim dan Rumah Pesakit2 HIV Muslim yang ditubuhkan oleh Ustaz Amin.

Maklumat lanjut boleh layari blog Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin.                         

Thursday, November 17, 2011

Jangan Bersedih Apabila Doa Tidak Dimakbulkan

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Thursday, November 17, 2011 6 comments


BERDOA adalah suatu ibadat. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadat ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak, pahalanya sentiasa ada di sisi Allah.

Nabi Saw bersabda:
“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalam dirinya dosa, atau
memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada doa itu disegerakan makbul atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkankeburukan yang sepadan dengan doa tadi.”

( Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih ).


Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadat." Setiap doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:

1. Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa. Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui. Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia.

2. Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah.

Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara.

Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.

3. Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa. Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.

Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepada-Nya dan jangan berputus asas untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan sesama insan serta meminta perlindungan daripada-Nya.

Saturday, October 24, 2009

Doa dan Harapan

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Saturday, October 24, 2009 0 comments
Diriku hanya insan biasa,hamba Allah Yang Maha Esa.Apa yang terdaya hanyalah usaha,untuk mendapat zuriat yang dicita,walau apa cara dan harga.

Doaku panjatkan kepada Allah,Tuhan Yang Maha Penyayang Lagi Pemurah.Hanya padaMU tempatku memohon dan berserah.Engkau perkenankanlah doa yang kutitipkan.Engkau berkatilah usaha yang kulakukan.Engkau kabulkanlah impian dan harapanku,kurniakanlah ku zuriat comel dan manja memanggilku IBU....











Ya Allah,Ya Rabbi Tuhan Pencipta Sekalian Alam.Hanya Engkau yang mengetahui apa yang tersirat dan rahsia yang tersulam.Janganlah Engkau biarkan diriku seorang diri,kerana Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.Kurniakan padaku zuriat yang sempurna,berakhlak mulia,beriman dan terang mata hatinya.

Kurniakan padaku dari sisiMU zuriat keturunan yang baik,InsyaAllah dengan penuh kasih-sayang akan ku didik.Amin Ya Rabbal Alamin......

 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea