Sunday, October 2, 2011

Cik P Datang Lagi :-(

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Sunday, October 02, 2011
Hari ini Cik P muncul lagi. Walau pun kedatangannya tak dinanti. Dia tetap setia menjenguk diri ini.

Sepertimana kebiasaan, Cik P datang awal walaupun belum cukup sebulan. Cuma dalam setahun adalah beberapa kali. Genap 30 hari barulah Cik P memunculkan diri.

Dahulu di awal2 tahun kemunculannya, Cik P selalu disambut dengan iringan airmata. Pasti munculnya Cik P membawa berita duka. Zuriat impian yang didamba tidak akan menjelma.

Namun sejak akhir2 ini, seiring dengan kematangan usia. Kedatangan Cik P disambut dengan hati yang terbuka. Walau masih terselit rasa hampa, kecewa dan luka.

Setidak2nya dengan kehadiran Cik P, sinar harapan masih tetap ada di hati. Rutin perempuanku masih tetap sempurna. Sebelum Cik M pula datang menjelma. Bermakna, diri ini masih lagi muda, belum masuk usia tua.~ha...ha...ha... ;-)



5 comments:

dia said...

bersabar ye sahabat.. saya pun pernah mengalami kemurungan kerana tidak dikurniakan lagi zuriat.. malah setiap kali cik P datang saya akan menangis.. tp setelah 2 tahun lebih berkahwin sy lebih redha dan menerima dengan hati terbuka.. alhamdulillah.. walaupun kita x dikurniakan zuriat lagi tp kita dikurniakan kesabaran.. anggap jelah kita insan terpilih.. insyaallah satu hari nanti kita akan dikurniakan zuriat... mungkin Allah nak kurniakan kita sesuatu yang lebih manis.. anak kembar ke.. jadi bersabar dan yakin dengan Allah.. insyaallah.. jgn risau..

Zuriat Impian said...

Terimakasih sahabat.
Terimakasih atas komen yg sungguh bermakna.
Hanya yg mengalami tahu bagaimana perasaan bila cik P menjelma kan.
Dulu2 mmg selalu nangis.
Tapi sekarang sudah semakin tenang.
Alhamdulillah.
Hati sudah semakin benar2 redha.

NiKiHs@RuN said...

betul kata dia..mungkin ALLAH nak bagi awak rezeki lain..mungkin DIA nk bg peluang awak ngn hubby HONEYMOON lagi;)

Lynn said...

Assalamualaikum..
salam kenal..
Memang saya tak rasa apa yang awak rasa..tapi ramai yang terdekat dengan saya mengalaminya...

Saya teringat tentang kata-kata seorang teman yang menghadapi kemurungan seperti awak..dia memujuk hatinya dengan berkata..."Rahim saya mungkin menapis benih yang baik.."

Semoga kuat dan tabah..Banyakkan berdoa semoga Allah qabulkan suatu hari nanti..

bonda hazim said...

Salam.

Semoga tabah selalu...

Post a Comment

 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea