Friday, December 14, 2012

Confuse??? (Part IV)~The Ending....

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Friday, December 14, 2012
Assalammualaikum dan salam Jumaat semua...

Sorilah sebab baru hari ini Ahkak ZI ada kesempatan nak mengupdate citer confuse Ahkak ZI yang lepas.

Harap tak basi lagi lah ya...


Cukup lah setakat 4 part je stori confuse Ahkak ZI.

Kang sequel tak abis2, boring lak korang baca kan..

So alkisahnya pada hari Jumaat, 23/11/2011 iaitu sehari sebelum 10 Muharram, Ahkak ZI ni pun buatlah posa sunat Muharram.

Ya lah...itulah salah satu cara nak kumpul saham akhirat kan.

So, dipendekkan citer, 2 jam sebelum buka posa, terasa lak nak kadar hajat kecik.

Kemudian Ahkak ZI ternampak lah brownish spotting kat seluar kecik Ahkak ZI.

Eh!Confuse jap...Cik P nak datang ke ni?

Sebab biasanya camni la peel Cik P kalau baru2 nak datang.

Malu2 lak nak tunjuk muka.

So camne ni?

Nak teruskan posa ke tidak ni?

Lagi 2 jam je nak buka, rugi lak rasa.

Tapi kalau Cik P datang, teruskan posa pun tak guna gak.

So, apa keputusan Ahkak ZI?

Jeng..jeng...jeng....

Ahkak ZI dalam dilemma.

Setelah Ahkak ZI bulatkan hati, tekad dan semangat, Ahkak ZI buat keputusan yang amat berat ni!

Ahkak ZI pun belasah jer la nasi ayam dara yang abang korang tolong bungkuskan lepas balik solat Jumaat tadi..hu..hu...hu..

Perut pun sedang elok berkeroncong..la..la...la..la...

 Cik P dah datang.

So, tempoh mogok lebih 2 bulan Cik P dah berakhir.

Ahkak ZI buat conclusion, mungkin Cik P ting-tong sebab perubahan hormon Ahkak ZI bila amalkan minum cuka epal seperti dalam entry yang lepas.

Boleh?



p/s Dalam tempoh beberapa hari, Cik P masih malu2 nak keluar. 1st day tak heavy mcm selalu. Brownish spotting jer. Ahkak ZI terus confuse...huwaaaa!!!

3 comments:

eamy milea said...

salam ahkak zi.sy pn sama ..masih menunggu cik p yg belum kunjung tiba.last bulan 9 lagi kot..doakan cik p sy cepat2 dtg ye,,,

prema said...

Kak, saya dah TTC since February 2012..dalam tempoh ni, banyak dugaan...kak ipar dah hamil dan bersalin anak ketiga..kawan-kawan ofis yang baru kawen dah ngandung anak kedua dan ketiga...even kucing jiran i pun ngandung!!! Aduh...dugaan..dugaan...bila lah turn saya..

Zuriat Impian@Ahkak ZI said...

Dear Eamy Milea,

Salam kembali.
Ahkak doakan Cik P adik cepat2 datang menjenguk adik ya.

Cik Prema
Betul tu dear.
Dalam tempoh TTC ni memang byk dugaan terutama emosi.
Adik bayangkanlah, ahkak ni dah 9 tahun TTC.
Mungkin dah sampai tahap pasrah dah.
Sebenarnya ahkak dah redha kalau Allah tak kurniakan ahkak zuriat, tapi yang tak boleh bla mulut org2 yg x de insuran ni.
Sabar je la kan.
Ha..ha.. Lawak lak bila adik cakap tgk kucing jiran preknen pun boleh jadi tensen.
Tapi mmg betul pun.
Apa2pun berkaitan dengan preknen & baby,jiwa kita yang lembut ni cepat terusik kan.
Ahkak doakan turn adik akan tiba juga akhirnya.
InsyaAllah...

Post a Comment

 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea