Wednesday, November 14, 2012

Redha Tapi Belum Cukup Tabah

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Wednesday, November 14, 2012
Sekarang ni macam2 musim.
Musim cuti sekolah.
Musim hujan.
Musim banjir.
Musim kenduri kahwin.

Sabtu lepas Ahkak ZI attend satu majlis.
Anak keponakan abang korang nak bertunang.
Dah dijemput.
Kita pun datang je la kan.
Kalau ikutkan hati, malas~huaarggghhhh!!!
Musim2 hujan ni lagi best kalau dapat berkubang berlengkar atas katil hi...hi...~gediknya!

Kat majlis tu mestilah ada orang bawa baby kan.
Adalah sorang baby girl tu yang sangat chubby dan cute yang dipegang oleh nenek dia.
Memang geram betul tengok!
Rasa cam nak gigit2 je pipi dia yang gebu tu he...he...

Kebetulan Ahkak ZI duduk sebelah nenek dia.
Ahkak ZI pun agah2 la baby girl tu.
Gu..gu...ga..ga...

Biras Ahkak ZI yang duduk bersimpuh depan Ahkak ZI sound..
"Hai! Tak kan tengok je...Bila lagi?"

Biras yang sorang ni memang Ahkak ZI selalu cuba nak mengelak dari berjumpa.
Bukan apa, malas nak dengar soalan bodoh dari dia.

Pernah satu masa dia sound Ahkak ZI.
"Ni bila lagi ni?Tak kan berdua je?"

Ahkak ZI tak kisah sangat soalan bodoh tu.
Dah biasa.
Orang lain pun pernah tanya juga soalan bodoh cam ni.

Tapi yang Ahkak ZI tak berkenan adalah nada dan mimik muka dia tanya soalan tu.
Macam marahkan Ahkak ZI sebab tak ada anak.
Seolah2 macam Ahkak ZI sengaja tak nak anak!
Seolah2 macam Ahkak ZI ni lebih suka hidup berdua dari beranak!

Ahkak ZI hanya mampu geleng kepala sambil tersenyum dan menjawab:
"Dah tak tahu nak jawab macamana lagi dah!"

Atau dalam ertikata lain:
"Bodohnya soalan ko!"

Berbalik pada insiden dengan baby girl tu, Ahkak ZI hanya diam.
Kerana Ahkak ZI rasa itu yang terbaik pada saat dan suasana ketika itu.
Diam menahan perasaan!

Dan akibatnya, airmata Ahkak ZI start bergenang..hu...hu...
Sedaya upaya Ahkak ZI cuba menahan agar tak menitis.
Supaya orang sekeliling tak tahu Ahkak ZI menangis.

Nasib baiklah nenek baby girl tu cakap sesuatu yang dapat melegakan hati Ahkak ZI.
"Tak pe la. Belum ada rezeki lagi."

Agaknya nenek baby girl tu nampak airmata Ahkak ZI yang bergenang.
Dia cuba berborak2 dengan Ahkak ZI pasal baby girl tu.

Ahkak ZI hanya mampu tersenyum.
Senyum dalam tangisan!

Balik dari majlis, hati Ahkak ZI masih berbuku.
Semasa solat Asar, airmata tak dapat ditahan2 lagi.
Mengalir deras macam empangan pecah.
Selebat air hujan yang mencurah2 ketika itu.



Kepada Allah SWT, Ahkak ZI mengadu.
Kepada Allah SWT, Ahkak ZI luahkan segala yang terbuku.
Kepada Allah SWT, Ahkak ZI memohon kekuatan diri.
Kepada Allah SWT, Ahkak ZI memohon kesabaran hati.

Ahkak ZI sangka tempoh hampir sedekad menanti zuriat impian, Ahkak ZI sudah semakin redha.

Mungkin Ahkak ZI redha tapi belum cukup tabah dan kuat menghadapi soalan2 bodoh camtu!

Alhamdulillah..selepas mengadu kepada Allah SWT, hati Ahkak ZI semakin tenang.
Airmata sendu pun sudah berhenti mengalir.

Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Tuhanku...
Kau tanamkanlah dalam hatiku sifat tabah dan sabar untuk menghadapi segala ujianMu.
Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku!



 








12 comments:

PhatLady said...

saya sedih baca entry ni...inilah hakikat yg terpaksa kita lalui selama berTTC ni..

kdg2 terfikir, knp org mudah menghukum dari memahami?????

JayFarhana said...

saya tahu mmg ramai dah sebut ayat ni, tapi saya mmg mampu minta akak bersabar je lah dgn mulut orang. itu lah kite yg TTC ni terpaksa hadap kan, mudah2an kesabaran ni smua mendapat balasan Syurga kelak, insyallah.
yang sy hairan tu, orang2 ni lepas tanya "bila lagi? takkan berdua je?" bila kita jawap Belum rezeki atau jawapan2 lain yg kita mampu jawap, dia tau pulak nak ckp "takpe lah belum rezeki" kalau ko dah tau dari tadi yg ko tanya tu kenapa??? kan kak. haha..sy slalu kena gitu gak. bila tanya, kemain tanya Bila lagi? Lambat lagi ke? blabla, bila ckp Belum ada rezeki, dia tau pulak jawap balik Belum rezeki kau lah tu. habis tu sebelum tanya tadi kenapa tak fikir dulu yang bende ni mmg la belum rezeki. kadang2 manusia ni sengaja nak annoy kita on purpose kan. suka sgt nak bagi orang terasa lepastu pujuk pulak "belum rezeki" EH, baik diam je dari tadi kan. haihh...sabar je la kak. sy doakan akak akan dikurniakan zuriat satu hari nanti insyallah :)

Zuriat Impian@Ahkak ZI said...

PhatLady,

Terimakasih kerana memahami.
Tak tahulah mengapa hari tu Ahkak ZI agak terover sensitif sikit.
Selalunya boleh sabar.
Mungkin dah ada dlm mindset ahkak soalan bodoh yang bakal ditanya oleh biras ahkak tu.
Mungkin juga sebab ahkak tak dapat nak jawab balik so terpaksa je la telan perasaan yang berbuku2 tu.

JayFarhana,
Heran kan.
Sebut pasal rezeki,ajal,maut,jodoh,pertemuan tu Allah yang tentukan, tau pulak.
Tapi still masih lagi nak tanya soalan2 bodoh yang bukan saja kita TTC ni tak dapat nak jawab.Tanyalah pakar,cerdik-pandai,profesor satu dunia pun tak ada jawapannya.
Kalau kita sound cakap mcm orang tak de iman marah lak.
Ntah lah dik...sabar je la kan...

afrah hana said...

Sabar2 banyak2 akak :'(


RosDiana said...

situasi menahan sebak dan air mata dikhalayak ramai sangat memilukan hati..kadang2 sampai kena telan air liur berkali2 =(

Zuriat Impian@Ahkak ZI said...

Adik Afrah Hana,
TQ dear.
Memang dah sabar pun.
Tapi ya la, kami TTC pun manusia kan.

Adik RosDiana,
Kadang2 kena pandai berlakon kan.
Dlm kes ahkak ni, ahkak terpaksa buat2 menguap seolah2 mengantuk sakan sampai keluar airmata.
Padahal nak cover supaya orang tak tahu kita nak lap airmata sedih...hu..hu..

lienda said...

salam kenal...
insyaallah,setiap yang kita minta Allah senantiasa mendengarnya....

Zuriat Impian@Ahkak ZI said...

Lienda,

Salam kenal kembali.
InsyaAllah dear.
Allah Maha Mendengar!

Anis said...

Salam kenal,sabar ye dear Allah maha Mendengar pasti rezeki itu milik awak. Salam kenal dan jemput datang ke blog saya.

ANISVITASHOP

Zuriat Impian@Ahkak ZI said...

Anis dearie,

Salam kenal kembali.
InsyaAllah..TQ kerana mendoakan ahkak ZI.

iwannabeumie said...

As salam ahkak ZI,
salam kenal ye kak...surf2 blog rakan TTC terjumpa blog akak...i know ur feeling very well kak..sy juga seperti akak masih TTC lagi dah lebih 6 tahun..sepanjang diuji begini saya banyak belajar perkara baru dalam kehidupan ni..rupanya bukan mudah nak hayati erti 'sabar', 'redha', 'tawakkal'..cuba utk faham perasaan org lain..empathy..kalau kita tak melalui ujian tersebut..kita tak akan faham..mungkin itu yg dialami oleh orang2 yg tak diuji seperti kita..mereka tak faham..seperti kita juga tak faham dengan masalah orang lain, mungkin sebab kita tak merasai ujian yg dia rasa..sprt masalah lambat dapat jodoh/kawin..kehilangan anak/suami..semuanya ujian yang tak dapat dielak..kalau dah Allah pilih kita untuk diuji sebegitu..sekalipun kita usahalah sebaik mana sekalipun..kalau itu kehendak Allah, dan Allah tahu itu yg terbaik untuk kita di dunia..kita akur kan..mudah-mudahan Allah beri rezeki zuriat buat kita ye kak..insyaAllah tak lama lg..mudah2an ujian ni akan dapat dekatkan diri kita pd Allah lg..ameen...

Zuriat Impian@Ahkak ZI said...

Waalaikumsalam iwannabeumie,

Salam kenal kembali dear.
Terimakasih la sudi singgah kat blog ahkak ni.
Hanya TTCian yang mengerti perasaan TTCian!
Org yg tak pernah ada experience mgkin boleh sebut dimulut,tetapi dihati belum tentu merasai kan.
Actually untuk otai TTCian cam ahkak ni, ahkak dah redha pd ketentuan Allah jika ditakdirkan tiada zuriat.
Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk ahkak.
Cuma bila ada yang bertanya atau buat apa2 stetment ttg preknen ke,baby ke, bab tu yang kdg2 ahkak gagal sket melawan emosi.
Kalau tak tanya ahkak orait je.

Itulah yg ahkak sedang cuba sekarang.
Supaya jiwa dan hati ahkak benar2 cekal dan redha atas ketentuan Allah.
Supaya tiada lagi airmata mengalir bila sesapa saja cuba sentuh isu2 sensitif bab baby dan preknen ni.


Post a Comment

 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea