Monday, November 26, 2012

Confuse??? (PartII)~Jumpa Doktor Muda

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Monday, November 26, 2012
Assalammualaikum yang...

Hari ni ahkak ZI nak sambung balik story confuse ahkak ZI.

Endingnya ahkak ZI dah tahu...jeng..jeng...jeng...

Tapi biarlah ahkak ZI simpan dulu untuk entry yang seterusnya.

Sabar ya yang!

Walaupun Cik P The Vogue ahkak ZI tak muncul2 gak dah lebih dari 2 bulan, ahkak ZI tak de la over excited dik.

Sementelah pulak UPT memanjang negatif.

Tak macam zaman dulu2.

Period belum delay pun dek kerana kengkonon ada simptom2 orang pregnant, terus je buat UPT.

UPT kit ni toksah cakap lah, dah beratus duit membelinya.

Rupanya2 Cik P nak datang melawat.~hu...hu...

Sendiri frust menonggeng!

La ni ahkak ZI lebih cool!~hik..hik...gedix!

Dek kerana Cik P dah delay, pinggang pun sakit2, perut pun rasa sengal2 dan buncit semacam~eh!bukan perut buncit ni dah lama ke? huwaaaa!~so ahkak ZI amik keputusan, jumpa tuan doktor.



Abang korang cadangkan pegi Klinik Dr. Hamid Arshat sebab dulu ahkak ZI pernah buat treatment dan kena operate kat situ.

Tapi, jauhlah pulak dari rumah ahkak ZI.

Lagipun, kat situ parking punyalah susah.

Nak pergi klinik doktor cina yang ahkak ZI pernah story dulu, tak nak luka lama berdarah kembali!~uwek! terluka la sangattt!

So,Ahkak ZI decide pergi Klinik P kat depan umah ni jer.

1st time pergi kat klinik ni.

Cadangnya nak buat ultrasound.

So, abang korang dengan setia hati temankan ahkak ZI pergi klinik.


Lepas isi borang registration, ahkak ZI pun duduk lepak tunggu nama dipanggil.

Tak ramai orang menunggu.

Ada sorang lelaki + ahkak ZI. Dua orang la.

Tunggu punya tunggu, patient lelaki tadi tak dipanggil2 pun.

Tunggu lagi.

Ada seorang lagi patient lelaki masuk.

Tunggu lagi.

Mana lak tuan doktor ni?

Tup..tup..ada seorang pompuan muda masuk tergesa2 straight ke bilik doktor.

Oh...itu agaknya doktor.

Dia pergi breakfast kat restoren mamak sebelah klinik ni kot.

Nama patient lelaki pertama tadi dipanggil.

Masuk kejap je bilik doktor, dah keluar balik.

Mengikut firasat ahkak ZI yang dah lama bekerja ni, mamat tu mungkin nak amik MC je!

Ah!Tak kisah lah kan.

Jangan nak kepochi!

Then, nama ahkak ZI dipanggil.

Masuk2 bilik doktor, tengok doktor,hmmm!!Mudanya doktor. Cam student U jer!

Soalan pertama: "Apa problem yang?"

Yang? Hmmmm....


Mungkin doktor try nak beramas-mesra dengan panggilan macam tu.

Sepanjang sesi consultation, ber-yang-yang je dengan ahkak ZI.

Tapi, minta maaflah.

Pada ahkak ZI, nampak kurang professional bila doktor address patient begitu.

Ah!Tak kisahlah.

Asalkan jangan panggil ahkak ZI hoi!hoi!sudah!

So, ahkak ZI pun mengadulah pada doktor muda ni problem ahkak ZI.

Doktor pun tanyalah soalan2 lazim~bila last Cik P datang, period cycle,  period regular tak, berapa tahun TTC, fertility treatment yang pernah buat, kos treatment bla..bla..bla..

Then, buat UPT.

Result tetap negatif.

Last2 doktor muda cakap : "Tunggu lagi satu bulan, kalau masih tak period datang balik klinik."

Ahkak ZI tanya : "Tak boleh buat ultrasound ke?"

Jawap doktor muda : "Tak perlu. Tunggu sampai bulan depan kalau tak period juga."

Untuk sakit2 pinggang ni doktor muda kata mungkin ahkak ZI ada angkat barang berat.

Memanglah dalam minggu tu, ahkak ZI banyak buat kerja angkat-mengangkat sebab menguruskan kenduri kahwin adik ahkak ZI.

Tapi, sakit pinggang ahkak ZI ni start semenjak period ahkak ZI delay.

Bukan dalam minggu tu aje.

Doktor muda nak bagi panadol je untuk sakit pinggang sebab tak berani nak bagi ubat2 lagi takut ahkak ZI conceive.

Ahkak ZI cakap kalau panadol je, tak payah bagilah. Sebab ahkak ZI boleh cari sendiri.

So, to cut the story short~walaupun sebenarnya dah panjang berjela! lepas bayar RM25, ahkak ZI balik je la.

Ahkak ZI sedikit terkilan sebab selain tak dapat buat ultrasound, doktor muda tu tak check langsung perut ahkak ZI ni.

Pegang pun tidak, tekan pun tidak, cuit pun tidak.

Rasa2nya ini mungkin kali pertama dan terakhir ahkak ZI pergi klinik ni!~merajuk la kononnnn!!!

Rupa2nya masa ahkak ZI pergi toilet untuk dapatkan spesimen air kumbahan untuk UPT, abang korang sempatlah berborak2 dengan doktor muda tu.

Actually, doktor sebenar klinik tu tak de. Bercuti agaknya.

Doktor muda tu cuma doktor pengganti@temporary@LOCUM je!

Hmmm... patut laaaaa........




p/s Need a second opinion!


4 comments:

JayFarhana said...

akak, try gi klinik lain la..pelik juga kita mintak ultrasound dia kata takpayah, kalau patient insist juga bagi je la sbb kite byr kan..
takpe cari klinik lain dulu ye kak.
jumpa gynae je terus senang.doctor biasa kdg2 mmg tak brape concern sgt la masalah2 sakit puan ni..

Umaira Umar said...

akk,

bile baca sikit rasa marah la gak...
tak concern betul dgn patient yg dtg...
rasa tak puashati gak bile tak check betol2..
akk balik mesti rasa sedikit kecewa kan...

Joanna OT said...

akak, sy nk letak link blog akk kt blog sy blh? :)

Zuriat Impian@Ahkak ZI said...

Dear JayFarhana,
Ahkak ZI rasa mungkin sebab dia locum je.
Samada dia malas atau tak tau nak buat he..he..

Dear Umaira,
Frust la jugak.
Marah tu idak le cuma rasa tak puas ati sikit.

Dear Joanna,
Tkasih la sbb sudi letak link kat blog ahkak ZI yang tak seberapa ni hik...hik..~malu la pulok!

Post a Comment

 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea