Tuesday, June 19, 2012

Doktor Bukan Tuhan!

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Tuesday, June 19, 2012
"At your age, your chances of pregnancy are slim.Susah sket.Unless IVF, mungkin ada chance la"
Ayat lebih kurang je la.
Malas ahkak ZI nak kenang2 balik ayat2 cinta tuan doktor yang ahkak ZI buat treatment tu.
Lebih2 lagi terkenang ekspresi toya muka tuan doktor tu.
Muka hopeless.
Maksud ayat sama je, dalam bahasa Cik Joyah:

"Ko tak de harapan nak preknen dalam umo2 cam ni!"

Ahkak ZI sedar diri dik!
Tak payahlah ko nak ingatkan aku tuan doktor!
Aku jumpa ko pun sebab masih ingin meneruskan sisa2 perjuangan untuk mendapatkan zuriat impian yang didambakan selama ini.~ha!ha!ayat puitis tak bole bla!~

Ahkak ZI pun ngadu manjalah kat abang korang, ye la nak pujuk hati yang rawan ni kan.~sob!sob!sob!

 "B, doktor cakap chances kita nak dapat baby susah. Umo ZI pun dah meningkat..bla..bla..bla..." 

Masa cakap tu ahkak ZI cool jer.~control tak hengat!~
Tak de drama airmata.
Mungkin airmata ahkak ZI dah kering kot!

Abang korang balas, simple jer...

"Ye la, he's trying to be realistic. Tak nak bagi kita harapan. Tapi dia bukan TUHAN!"

Dengar je kata2 hikmat dari abang korang tu kan, sejuk hati ahkak ZI ni. ~ i lap u la B!~
"Kunfayakun, Jika ALLAH menghendaki sesuatu hanya berfirman: 'Jadilah' ; maka jadilah ia." (Surah Yassin; hujung ayat 82).

Jadi tuan doktor, tak perlulah tuan buat muka hopeless lagi bila buat treatment fertility untuk patient yang umo2 cam aku ni.
Bukan tak pernah terjadi, ada TTC yang peringkat umo ujung2 ni dikurniakan zuriat impian.
Itu semua kehendak DIA.
Lenkali tolong re-phrase balik ayat2 cinta tuan doktor, apa salahnya tuan cakap:

"Kalau ikut sains, at your age, your chances of pregnancy are slim.Susah sket tapi tak mustahil. Rezeki anak tu, Allah yang tentukan. Saya cuma membantu. Yang izinkan Allah SWT. Apa2pun, saya kagum sebab puan masih terus berusaha. Saya doakan percubaan puan kali ini berjaya!"
Ha!Kan sedap sket dengar.
Tapi aku tahu dan sangat2 pasti.
Kompem!Tuan doktor tidak akan cakap macam tu. 

Ni apa kes tuan pulak yang sound cam orang putus harapan?
Yang keluar duit ribu-riban buat treatment ni, aku!
Yang kena telan ubat berbiji2, bulat,lonjong ni, aku!
Yang kena belah perut, cucuk2 itu ini, aku!
Yang badan jadi kembang setaman cam dipam2 efek dari ubat2 subur ni, aku! 
So, tak payah lah tuan nak bersusah-hati, berhati rawan, bergundah-gulana frust menonggeng kalau treatment aku ni tak berjaya.

Biarkanlah aku menaruh sedikit harapan. 
Walaupun ia cuma satu harapan palsu!~sob!sob!sob! lagi~
Satu sen pun duit tuan tak luak.
Bertambah lagi adalah.


Tak perlulah ingatkan aku tentang kekecewaan, treatment ini bakal tidak berjaya.
Kami TTC, sudah lali dengan kekecewaan.
Dari kekecewaan lah, kami TTC membina kekuatan.~chaiyok!chaiyok!
Pengalaman TTC banyak mengajar kami apa itu erti kesabaran, pengorbanan, usaha dan tawakal!


Mungkin jika aku cakap, rezeki itu ditangan Allah, bukan di tangan doktor, tuan akan cakap:
"Sorry!Saya tak tahu hal tu!" 
Mungkin jika aku sebut pasal qada' & qadar Tuhan, tuan doktor akan cakap:
"Ada aku kesah!" 

Namun, aku tidak akan sekali2 salahkan tuan doktor.
Memang tak patut aku marahkan tuan doktor sebab tuan doktor cha-ya-nun-alif  ha..ha...!!


Nota kaki:
Kisah ahkak ZI dan tuan doktor ni sudah setahun berlalu.
Dah tak jejak lagi kat klinik tuan doktor ni.

Lastly,terimakasih kerana sudi membaca entry meraban ni!


9 comments:

eyza said...

Betul tu kak.. Dr bukan Tuahn yg bole ramalkan kita bole dapat anak ke tak.. eyza pulak yg sakit hati bila baca entry ni.. apa2 pun akak sabar ye.. sama2 la kita berdoa.. mudah2an ada rezeki utk kita nnt.. Amin...

eyza said...

salah taip la.. * Tuhan

Zuriat Impian@Ahkak ZI said...

Tu la dik.
Kalau doc bukan Islam tu boleh terima lagilah.
Manalah diorang tahu qada' & qadar ni kan.
Tapi kalau doc Islam yang cakap cam tu..hmmm!!ntahlah.Kesian!

hanidatul shatira said...

hish..memandai je la doc tu....takpe...mungkin ni cara dia...n cara kite plak..iktiar n berdoa sebanyak mungkin..insy....sekarang ni, tak semestinya umur meningkat, tak boleh kan....kite kene positif eh....hani doakan akak berjaya..aminnn :)

Farisha Haris said...

" Ni apa kes tuan pulak yang sound cam orang putus harapan?
Yang keluar duit ribu-riban buat treatment ni, aku!
Yang kena telan ubat berbiji2, bulat,lonjong ni, aku!
Yang kena belah perut, cucuk2 itu ini, aku!
Yang badan jadi kembang setaman cam dipam2 efek dari ubat2 subur ni, aku!
So, tak payah lah tuan nak bersusah-hati, berhati rawan, bergundah-gulana frust menonggeng kalau treatment aku ni tak berjaya."

suke gile phrase ni..hehehehe....

chinta... said...

sepatutnya dr memahami patient..memberi rangsangan bukan memutuskan harapan...sabar ye kak..xpe kita kena yakin ngan Dia..Tuhan maha mendengar kan dear

PutriesNoora said...

rezeki tu ditangan Allah kak ZI..ada je orang yang umur 40 ke atas baru dapat zuriat..semua ditangan Allah..insyaAllah rezeki akak akan sampai secepat mungkin...aminnn

Nia said...

dr sepatutnya bagi harapan, sekarang teknologi dah maju, bukan cam tuk kaduk lagi...sakit hati lak dengar dr kata camtu...tak layak la dia jadi dr...kita bayar dia untuk terima consultation camtu pula...

Bouncing and Cherubic said...

pasni kalau ada doktor cakap macam tu, kita cakap "orang macam saya la yang bagi doktor kaya..kalau tak, doktor jadi bidan je sambut orang beranak.."...hahaha..

Post a Comment

 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea