Friday, June 15, 2012

Soklan Bodoh!

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Friday, June 15, 2012
Hari ni baru ahkak ZI berkesempatan menghapdet blog ni.
Jangan korang ingat ahkak ZI ni cakap tak serupa bikin.
Awal2 kemain lagi.
Satu hari sampai 2 entry.
Siang malam menghapdet blog yang tak seberapa ni.
Lepas tu, hampeh!
Macam semangat pepsi cola.
Masa gas nak keluar membuak2 buih.
Lama2...nan hado cik jah!

Ahkak ZI ada urusan peribodi yang perlu disettlekan.
Sekarang dah free sket, bolehlah ahkak ZI melayan balik blog ni.

Berbalik pada tajuk entry ahkak ZI kali ini, amacam?
Bunyi cam kurang ajar kan ha..ha...

Tapi tu lah hakikatnya.
Rasanya TTC dah masak sangat dah dengan soklan2 bodoh ni.

"Ni bila nak ada baby ni?"
"Hai!Bila nak bertiga, takkan berdua je?"
"Tak teringin ke ada anak?"
"Merancang ke?"
"Tak puas honeymoon lagi ke?"
.
.
.
lagi ...

"U dah lama kahwin kan, tak peknen2 lagi ek?"
"Bila nak berisi ni?"
"Tak de anak lagi ke? Jangan tunggu lama2 tau!"
"Best tau ada baby? Tak teringin ke?"
"Ni nak tunggu sampai bila ni?"
.
.
.
dan lagi ...

"Baby i dah pandai bla..bla..bla...U ni bila lagi?"
"Bila nak beranak ni? Jangan nanti dah tua, anak kecik lagi!"
"U tak try ke amik bla..bla..bla, buat treatment bla..bla..bla.., pegi urut dengan bla..bla..bla..?"
"Tak de baby tak sunyi ke, tak boring ke asyik tengok muka asben je?"
"Kawan kita si polan yang kahwin ari tu dah peknen dah, bunting pelamin lagi. U ni bila lagi?"
.
.
.
.
dan lagi ...
.
.
.
arghhh!!!! 
tension!!!

bengang!!!

 rasa macam nak belasah orang jer!!


** sabor ahkak ZI! sabor! Ari ni ari Jumaat!** 


Astaghfirullahalazim!!!!


8 comments:

Mrs Sweet said...

Arghhh..mmg tensen la kan..yg membaca entry akak ni pun jadik tensen..sbb soalan2 yg kiter dapat sume soklan *****..
Sabau je la akak ye.. diorang ckp ikut sedap mulut je, huhu..

Latina said...

salam perkenalan...sy pun mgalami masalah yg sama..sakitnya hati ni hanya ALLAH sj yg tahu..ada tu depan kita bukan main memahami lg masalah kita tp asyiklah duk berita psl org tu peknen,org ni peknen..tk ke bangang namanya tu...sama2lah kita bersabar..insyaallah akan ada rezeki utk kita...

Zuriat Impian@Ahkak ZI said...

Itulah dik.

Hanya TTC aje yg tau perasaan TTC.
Yang non-TTC tu bolehlah kata kat mulut je.
Simpati.
Kesian.
Memahami.
bla..bla..bla..

Kalau betul2 memahami, tak yah citerlah kat depan2 kita kan, si polan tu baru beranak, si polan ni tgh preknen.

Minta maaf ckp, kekadang tu kesian rasa. Tanya soklan mcm org lupa pada qada' & qadar Allah SWT. Kalaulah anak tu dah boleh dibeli2, mmg kita dah beli borong dah kan dik!

Latina said...

btul tu Ahkak ZI..sy sokong apa yg akak katakan tu..punyalah sy tension smpai sy bgtau hubby nk ambik anak angkat..tp jauh di sudut hati sy masih mengharapkan zuriat benih kami berdua..

PutriesNoora said...

samala...tensen kan..huhuhu

Little world said...

salam kak ZI
jangan laa sedih2...
Setiap TTC ada Kisah Tersendiri..
Tadi ada saya terdengar cerita-perempuan Berumur 53thn melahirkan bayi yang sihat 3.4kg -tanpa mengetahui dia pregnant---KunfayakUn--
Insyaallah Tiba masanya DIA akan bagi---

dia said...

betul kak.. saya pun geram.. suka tanya soalan bodoh... saya pun lebih kurang 4 tahun 6 bulan kahwin belum dikurniakan zuriat lagi... sibuk sembang ngan orang pasal Allah bagi rezeki kerja lah apelah tp leh tanya soalan bila lagi nak mengandung... kalau rezeki duit n kerja pun pun dari Allah SWT mestihal hal anak pun sama... bukan ke zuriat tu rezeki..?

Unknown said...

Seronok membaca komen-komen kat sini. Rasa seolah-olah ada yang memahami. Saya pun tak kurang hebat ujian sebegini. Bulan puasa baru-baru ni, seorang biras yang baru dikurnia anak ke-3 dengan lantang menyebut jangan tunggu lama-lama baru nak ada anak, takut tak larat nak jaga, jgn merancang...bla...bla...bla...pedihnya hati. DIa tahu semua usaha saya tapi masih nak bercakap dgn nada mengejek ni...Dah bermacam usia dibuat dalam usia perkahwinan yang masuk 6 tahun ni. Kita redha dengan apa yg Allah tuliskan.. tapi kenapa ada org yang tak reti nak hormat perasaan orang. Pedihnya Allah yang tahu. Sekarang tgh cuba satu produk dari 4life. Paling baik dalam byk2 yg saya dh try. Ada beberapa kes sy jumpa berjaya pregnant, dengan izin Allah. Produk Belle Vie dan MalePro dari 4life. Sesiapa yg berminat nak tahu boleh call/wasap 019-235 7040. Saya bukan nak menjual..cuma sy nak share benda baik. Sama-sama kita usaha. Moga Allah mendengar rintihan dan doa kita. Ameennn.

Hazwani

Post a Comment

 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea