Saturday, September 22, 2012

Setiap Yang Ditakdirkan Ada Hikmahnya

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Saturday, September 22, 2012
Assalammualaikum pembaca blog ahkak ZI yang disayangi.

Lama sungguh ahkak ZI tak update blog Zuriat Impian ni.

Dari sebelum posa sampailah dah habis raya.

Sorilah dik, tak sempat ahkak ZI nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Reserve untuk tahun depan. Boleh?

Itu pun kalau diizinkan Allah, panjang umur.

Bukannya lupa ataupun dah malas.

Tapi ada priority lain yang lebih utama.

Ada tanggungjawab yang ahkak ZI perlu laksanakan.

Tanggungjawab sebagai seorang anak.

Kesihatan ayahanda ahkak ZI sebelum bulan posa lalu tak begitu baik.

Tu yang ahkak ZI perlu berulang-alik hometown untuk uruskan ayahanda.

Bila di dalam situasi begini, terasa hikmahnya Allah SWT tak mengurniakan zuriat pada ahkak ZI.

Mudahlah ahkak ZI nak menjenguk dan menjaga ayahanda ahkak ZI.

Berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kalau ada anak, bersekolah pulak tu, mesti susah jugak nak bergerak ke sana-ke mari.

Bonda ahkak ZI pun bersetuju.

Walaupun dia sedih dan kesiankan ahkak ZI yang masih belum berzuriat ni, tapi kata bonda...

"Setiap ketentuan Allah pasti ada hikmahnya yang tidak kita ketahui sehingga sampai masanya."

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui.....

3 comments:

umie shafizalina said...

Ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian..

Zuriat Impian@Ahkak ZI said...

Betul tu dik Umie.

Mungkin hikmahnya hanya akan kita ketahui bertahun-tahun akan datang. Bukan dalam jangkamasa terdekat.

umie shafizalina said...

btl tu..Allah lebih mengetahui...Kita hanya merancang,Allah yang menentukan segalanya.

Post a Comment

 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea