Thursday, November 17, 2011

Jangan Bersedih Apabila Doa Tidak Dimakbulkan

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Thursday, November 17, 2011 6 comments


BERDOA adalah suatu ibadat. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadat ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak, pahalanya sentiasa ada di sisi Allah.

Nabi Saw bersabda:
“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalam dirinya dosa, atau
memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada doa itu disegerakan makbul atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkankeburukan yang sepadan dengan doa tadi.”

( Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih ).


Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadat." Setiap doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:

1. Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa. Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui. Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia.

2. Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah.

Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara.

Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.

3. Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa. Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.

Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepada-Nya dan jangan berputus asas untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan sesama insan serta meminta perlindungan daripada-Nya.

Monday, October 10, 2011

Foto Menakjubkan Dari Dalam Rahim

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Monday, October 10, 2011 4 comments


Sungguh comel mereka kan?


Kredit : Sumber

Sunday, October 9, 2011

Memujuk Hati

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Sunday, October 09, 2011 1 comments

Duhai hati, sudah berputus asa kah kamu? Apakah kini hanya mampu menangis meratapi nasib diriku?

Belajarlah menerima kenyataan, seandainya sehingga akhir hayat di kandung badan, zuriat impianku tidak kesampaian.

Duhai hati, redha lah seikhlasnya menerima qada' dan qadar Ilahi, jika itulah pengakhirannya nanti.

Aku sedar waktu untukku semakin pendek. Jam biologiku tik-tok-tik-tok, tidak berhenti berdetik.

Kalau ikut teori perubatan ciptaan manusia, hamil melepasi usia sebegini tinggi risikonya. Harapan besarku semakin menipis, hati pilu, pedih, luka bagai dihiris2.

Syukur masih ada suara2 simpati yang memotivasi diri ini. Allah Itu Maha Berkuasa, Kun-faya-kun, semuanya boleh terjadi.

Namun, jika doa yang tidak putus2 ku panjatkan, Allah masih tidak kabulkan. Jika permintaan ku yang satu ini, Allah tetap tidak perkenankan. Tidaklah aku bersangka buruk padamu Ya Allah Ya Tuhanku. Kerana aku tahu, kasihMu padaku mengatasi kemurkaanMu.

Pasti ada perancangan terbaik dari Mu. Pasti ada hikmah di atas apa yang ditakdirkan pada diriku.

Aku hanya tidak dikurniakan rezeki cahayamata. Tetapi, aku masih dikurniakan rezeki lain dalam pelbagai cara. Cuma terkadang aku sahaja yang alpa.

Aku punya dua mata untuk melihat dunia penuh warna.
Aku punya dua tangan untuk membuat pelbagai kerja.
Aku punya dua kaki untuk berjalan, berlari, bergerak kemana-mana.
Aku punya dua telinga untuk mendengar bunyi, hilai tawa.
Aku punya mulut untuk makan dan mengalunkan suara.
Aku punya udara untuk dihirup sehingga hujung nyawa.
Aku punya kesihatan yang baik, sihat lagi bertenaga.
Aku punya akal-fikiran yang sempurna, normal dan tidak gila.
Aku punya pekerjaan untuk menyara diriku dan keluarga.
Aku punya kenderaan untuk membawaku ke mana sahaja.
Aku punya makanan yang enak2 untuk mengisi perut bila lapar menjelma.
Aku punya minuman pelbagai perisa untuk menghilangkan haus dahaga.
Aku punya rumah kediaman yang sempurna dan selesa.
Aku punya negara yang aman, damai dan sentosa.
Aku punya suami yang menyayangiku sepenuh jiwa.
Aku punya ibubapa yang tidak putus2 mengutuskan doa mereka.
Aku punya....
...
...
...
...
...
...

Tidaklah aku mampu menyenaraikan satu-persatu rezeki yang Allah sudah kurniakan padaku.

Tidak terhitung bilangannya, tidak ternilai harganya, tidak tertimbang beratnya, tidak terukur jaraknya.

Duhai hati, janganlah engkau rawan. Bersyukurlah di atas nikmat rezeki yang Allah sudah kurniakan.

Duhai hati, janganlah kau lupa yang satu ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.


p/s Sometimes we just take things for granted ...






 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea