Tuesday, June 12, 2012

Panggilan Hangit

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Tuesday, June 12, 2012 0 comments

Ha!Amik ko!

Mentang2 blog ni dah berwajah baru,siang malam ahkak ZI menghapdet blog.
Semangat baru la kengkonon!~bluek!
Tapi jangan jadi "hot-hot-chicken-shit" dah la yer ahkak ZI.
Nanti bersawang balik blog ini.
Tahun depan baru jenguk balik ngeh..ngeh...

Ah lantak!
Persetankan lah suara2 sumbang tu.~chaiyok chaiyok ahkak ZI!~

Ekceli ahkak ZI gegeh menghapdet blog ni memalam sebab nak stori-mori sket pasal panggilan hangit yang ahkak terima semalam.
Kalau dari Fara Fauzana dan FBI, tak der la ahkak ZI hangen satu badan.
Ada chance lah sore ahkak ZI ni masuk radio Hot FM kan.
Glamer jap ahkak ZI!
Ni ntah nyonya mana yang dapat no HP ahkak ZI.
Kat mana dia cilok pun tak tahulah.

Ahkak ZI lakonkan semulalah panggilan hangit semalam.

Ahkak ZI : Hello.
Nyonya X : Hello, itu Pn. ZI?
Ahkak ZI : Yes
Nyonya X : Saya dari bla..bla...bla.... Kami ada promosi untuk ibu dan anak bla...bla..bla... Pn. ZI ada anak yang bersekolah kan?
Ahkak ZI : Sori! I think you got wrong info la. And I'm not interested~mode darah menyirap dan mengoren!~

Panggilan ditamatkan.

Itu je la ahkak ZI nak stori-mori.
Terimakasih kerana setia membaca entry merapu ni!
Bai!



Aku Terkejut!

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Tuesday, June 12, 2012 3 comments

Sungguh unsangkarable!
Suprise!Surprise!Surprise!
Jangan salah sangka ya!!!
Bukan!Bukan seperti yang korang semua sangkakan.
Aku masih seperti dahulu.

Masih menanti dan terus menanti.
Masih belum lagi bergelar mummy.
Masih lagi dalam spesis TTC!~spesis ko panggil jah! memang dasar mulut tak de insuran!~

Aku terkesima sebab masih ada yang sudi follow blog terabai ini!~terkesima la sangat!bluek!~
Terimakasih ya!
Kali terakhir aku update blog ini pada 17 November 2011.
Bermakna hampir 7 bulan blog ini tidak dipedulikan.
Kalau perut ni dah berisi, boleh buat lenggang perut lah.
Entah kenapa ari ni tetiba teringat pulak nak menjenguk.
Terkejut bila melihat follower blog semakin bertambah walaupun tiada apa2 update yang dibuat.
Rasa diri bersalah pulak kerana mengabaikan pengikut2 semua.~wink!wink!
Ha..ha..ayat tak boleh bla!
Tapi yang paling ironinya, Nuffnang earning pun bertambah jugak dalam beberapa hinggit walaupun masih jauh lagi nak mencecah cashout!

OKlah, mulai hari ini aku akan cuba untuk update selalu blog ini.
Rasanya pernah ku baca ayat ini dulu, tapi dimana ya ha...ha...

Sebagai permulaan, terimalah layout baru blog ku ini.

Walaupun aku tepek template free, jadiklah untuk menceriakan suasana.
Janji kiut dan yang penting free ha..ha..!
Tak de sepesen je design blog aku kan.
Aku tengok sendiri pun naik boring tahap gaban!
Tu yang dah lama tak update blog.~wakaka ayat cover line!padahal pemalas!~


Untuk mengubah selera, gaya bahasa blog aku kali ini tidak lagi berbunga2, bermadah puitis bagai.
Kali ini lebih santai dan sempoi. Boleh?
Ahkak dah penat dik, buat madah pujangga, jadi penglipur lara.
Skil mengayat bunga2 pun dah jadi besi karat ko!
Ye lah, sekarang kan orang sibuk transformasi itu,, transformasi ini.
Blog ini nak juga aku transformasikan.

Last but not least, mulai dari entry ni biarlah aku bahasakan diriku Ahkak ZI je.
Mengapa ahkak bukan adik?
Kerana di ambang usia ku di donia yang fana ini, memang layaklah dipanggil ahkak.
Ahkak sedar diri dik ha..ha..

So, stay tune for the new entry ok darlingss!



Thursday, November 17, 2011

Jangan Bersedih Apabila Doa Tidak Dimakbulkan

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Thursday, November 17, 2011 6 comments


BERDOA adalah suatu ibadat. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadat ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak, pahalanya sentiasa ada di sisi Allah.

Nabi Saw bersabda:
“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalam dirinya dosa, atau
memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada doa itu disegerakan makbul atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkankeburukan yang sepadan dengan doa tadi.”

( Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih ).


Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadat." Setiap doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:

1. Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa. Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui. Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia.

2. Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah.

Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara.

Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.

3. Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa. Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.

Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepada-Nya dan jangan berputus asas untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan sesama insan serta meminta perlindungan daripada-Nya.
 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea