Thursday, June 28, 2012

Iklan POWER!!!!

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Thursday, June 28, 2012 4 comments
Entry kali ni nak off-topic sket.
Boleh kan?
Kali ni tak nak citer pasal TTC, tapi pasal iklan.

La ni, naik seriau Ahkak ZI nak selak2 majalah, tabloid, sokkabar.

Selak2 mesti terjumpa.
Iklan ni sepesen je.
Mesti ada model lelaki dan pompuan.
Model pulak ada yang boleh panggil pokcik2 dan mokcik2.
Yang model lelaki ada siap pakai ketayap lagi.
Dua2 model harus laki bini.
Posing kena romantis.
Sengih sampai ke telinga.
Yang model pompuan mesti tayang muka cam anak dara walaupunnnn.....!!!
Yang model laki pulak, kena tayang muka power, gagah perkasa!
Konfius iklan apa yek?
Iklan apa lagi,  ubat kuat la!
Kenkadang naik geli-geleman ahkak ZI baca iklan power ni!


"Isteri power, suami sayang!"

 "Suami sering memuji tentang hubungan intim lebih sensasi dan mengasyikkan penangan Jus XXX & Gegetah XXX yang mengeluarkan getah~bluek!~ secara semulajadi apabila bersama. Suami hari2 mau!"

"Rahsia menambat hati suami...rapat dan bergetah seperti anak dara!"

"Bulan madu..usia emas..makin tua makin sayang!"

"Tok Ki semakin sihat. Pada kaum lelaki yang ada masalah dan sudah berusia, cubala minum Ginseng XXX. Kawan2 surau semua pakat beli. Bagus sangat..memang betul2 menjadi..KUAT BETUL!"

"Penangan Arjuna XXX! Nikmat seperti malam pertama!"

"Suami saya semakin kuat & bertenaga, kalah orang bujang sayang abang selalu!"

"Setiap malam seperti malam pertama!"

Heran betul ahkak ZI.
Yang pokcik2 & mokcik2 tu tak segan ke kat anak cucu jadi model iklan cam ni.

Apa perasaan diaorang ek?
Ntah lah!

Tuesday, June 19, 2012

Doktor Bukan Tuhan!

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Tuesday, June 19, 2012 9 comments
"At your age, your chances of pregnancy are slim.Susah sket.Unless IVF, mungkin ada chance la"
Ayat lebih kurang je la.
Malas ahkak ZI nak kenang2 balik ayat2 cinta tuan doktor yang ahkak ZI buat treatment tu.
Lebih2 lagi terkenang ekspresi toya muka tuan doktor tu.
Muka hopeless.
Maksud ayat sama je, dalam bahasa Cik Joyah:

"Ko tak de harapan nak preknen dalam umo2 cam ni!"

Ahkak ZI sedar diri dik!
Tak payahlah ko nak ingatkan aku tuan doktor!
Aku jumpa ko pun sebab masih ingin meneruskan sisa2 perjuangan untuk mendapatkan zuriat impian yang didambakan selama ini.~ha!ha!ayat puitis tak bole bla!~

Ahkak ZI pun ngadu manjalah kat abang korang, ye la nak pujuk hati yang rawan ni kan.~sob!sob!sob!

 "B, doktor cakap chances kita nak dapat baby susah. Umo ZI pun dah meningkat..bla..bla..bla..." 

Masa cakap tu ahkak ZI cool jer.~control tak hengat!~
Tak de drama airmata.
Mungkin airmata ahkak ZI dah kering kot!

Abang korang balas, simple jer...

"Ye la, he's trying to be realistic. Tak nak bagi kita harapan. Tapi dia bukan TUHAN!"

Dengar je kata2 hikmat dari abang korang tu kan, sejuk hati ahkak ZI ni. ~ i lap u la B!~
"Kunfayakun, Jika ALLAH menghendaki sesuatu hanya berfirman: 'Jadilah' ; maka jadilah ia." (Surah Yassin; hujung ayat 82).

Jadi tuan doktor, tak perlulah tuan buat muka hopeless lagi bila buat treatment fertility untuk patient yang umo2 cam aku ni.
Bukan tak pernah terjadi, ada TTC yang peringkat umo ujung2 ni dikurniakan zuriat impian.
Itu semua kehendak DIA.
Lenkali tolong re-phrase balik ayat2 cinta tuan doktor, apa salahnya tuan cakap:

"Kalau ikut sains, at your age, your chances of pregnancy are slim.Susah sket tapi tak mustahil. Rezeki anak tu, Allah yang tentukan. Saya cuma membantu. Yang izinkan Allah SWT. Apa2pun, saya kagum sebab puan masih terus berusaha. Saya doakan percubaan puan kali ini berjaya!"
Ha!Kan sedap sket dengar.
Tapi aku tahu dan sangat2 pasti.
Kompem!Tuan doktor tidak akan cakap macam tu. 

Ni apa kes tuan pulak yang sound cam orang putus harapan?
Yang keluar duit ribu-riban buat treatment ni, aku!
Yang kena telan ubat berbiji2, bulat,lonjong ni, aku!
Yang kena belah perut, cucuk2 itu ini, aku!
Yang badan jadi kembang setaman cam dipam2 efek dari ubat2 subur ni, aku! 
So, tak payah lah tuan nak bersusah-hati, berhati rawan, bergundah-gulana frust menonggeng kalau treatment aku ni tak berjaya.

Biarkanlah aku menaruh sedikit harapan. 
Walaupun ia cuma satu harapan palsu!~sob!sob!sob! lagi~
Satu sen pun duit tuan tak luak.
Bertambah lagi adalah.


Tak perlulah ingatkan aku tentang kekecewaan, treatment ini bakal tidak berjaya.
Kami TTC, sudah lali dengan kekecewaan.
Dari kekecewaan lah, kami TTC membina kekuatan.~chaiyok!chaiyok!
Pengalaman TTC banyak mengajar kami apa itu erti kesabaran, pengorbanan, usaha dan tawakal!


Mungkin jika aku cakap, rezeki itu ditangan Allah, bukan di tangan doktor, tuan akan cakap:
"Sorry!Saya tak tahu hal tu!" 
Mungkin jika aku sebut pasal qada' & qadar Tuhan, tuan doktor akan cakap:
"Ada aku kesah!" 

Namun, aku tidak akan sekali2 salahkan tuan doktor.
Memang tak patut aku marahkan tuan doktor sebab tuan doktor cha-ya-nun-alif  ha..ha...!!


Nota kaki:
Kisah ahkak ZI dan tuan doktor ni sudah setahun berlalu.
Dah tak jejak lagi kat klinik tuan doktor ni.

Lastly,terimakasih kerana sudi membaca entry meraban ni!


Friday, June 15, 2012

Soklan Bodoh!

Posted by Zuriat Impian@Ahkak ZI at Friday, June 15, 2012 8 comments
Hari ni baru ahkak ZI berkesempatan menghapdet blog ni.
Jangan korang ingat ahkak ZI ni cakap tak serupa bikin.
Awal2 kemain lagi.
Satu hari sampai 2 entry.
Siang malam menghapdet blog yang tak seberapa ni.
Lepas tu, hampeh!
Macam semangat pepsi cola.
Masa gas nak keluar membuak2 buih.
Lama2...nan hado cik jah!

Ahkak ZI ada urusan peribodi yang perlu disettlekan.
Sekarang dah free sket, bolehlah ahkak ZI melayan balik blog ni.

Berbalik pada tajuk entry ahkak ZI kali ini, amacam?
Bunyi cam kurang ajar kan ha..ha...

Tapi tu lah hakikatnya.
Rasanya TTC dah masak sangat dah dengan soklan2 bodoh ni.

"Ni bila nak ada baby ni?"
"Hai!Bila nak bertiga, takkan berdua je?"
"Tak teringin ke ada anak?"
"Merancang ke?"
"Tak puas honeymoon lagi ke?"
.
.
.
lagi ...

"U dah lama kahwin kan, tak peknen2 lagi ek?"
"Bila nak berisi ni?"
"Tak de anak lagi ke? Jangan tunggu lama2 tau!"
"Best tau ada baby? Tak teringin ke?"
"Ni nak tunggu sampai bila ni?"
.
.
.
dan lagi ...

"Baby i dah pandai bla..bla..bla...U ni bila lagi?"
"Bila nak beranak ni? Jangan nanti dah tua, anak kecik lagi!"
"U tak try ke amik bla..bla..bla, buat treatment bla..bla..bla.., pegi urut dengan bla..bla..bla..?"
"Tak de baby tak sunyi ke, tak boring ke asyik tengok muka asben je?"
"Kawan kita si polan yang kahwin ari tu dah peknen dah, bunting pelamin lagi. U ni bila lagi?"
.
.
.
.
dan lagi ...
.
.
.
arghhh!!!! 
tension!!!

bengang!!!

 rasa macam nak belasah orang jer!!


** sabor ahkak ZI! sabor! Ari ni ari Jumaat!** 


Astaghfirullahalazim!!!!


 

Zuriat Impian Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea